SAHABAT BLOG

17 May 2013

3 Pilihanraya Kecil (PTK) Sedang Menanti....

Perkembangan terbaru yang sempat aku rumuskan ialah, 3 pilihanraya kecil bakal diadakan sehingga hujung tahun ini. PRK pertama ialah Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi oleh DS Anwar. Sebagaimana diketahui, beliau akan menghadapi kes liwat yang belum berkesudahan dan akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan dalam bulan Julai ini. Jika beliau di dapati bersalah (besar kemungkinan beliau akan di dapati bersalah), maka PRK terpaksa di adakan kerana sudah tentu hukuman yang bakal diterima oleh beliau akan menghilangkan kelayakan beliau untuk menjadi seorang Ahli Parlimen.

PRK kedua pula ialah di Parlimen Pandan di mana YB Rafizi bakal menghadapi perbicaraan kerana membocorkan rahsia berhubung akaun milik NFC. Dengar ceritanya beliau dituduh bersama-sama dengan kerani bank yang bersubahat dengan beliau. Kalau beliau di dapati bersalah, hukumannya boleh menyebabkan beliau akan kehilangan gelaran YB. Mungkin lewat sikit berbanding DS Anwar kerana baru diperingkat rayuan untuk membatalkan pertuduhan.

PRK ke 3 pula ialah di DUN Seri Setia Selangor dimana ADUN di kawasan tersebut iaitu YB Nik Nazmi telah di dakwa di mahkamah kerana kesalahan Akta Perhimpunan Aman. Kalau di dapati bersalah, beliau juga akan kehilangan gelaran YB.

Itu baru 3 kes. Belum lagi kes Pencerobohan Lahad Datu. Aku percaya sekarang ini pihak pendakwa sedang menyiapkan kertas pendakwaan untuk mendakwa beberapa YB dari Pakatan Rakyat.

Sedang Blackout 505 masih berlangsung, aku fikir akan ada lagi pemiimpin pembangkang yang akan di dakwa. Lagipun Pendakwaan ke atas Nik Nazmi itu adalah amaran awal oleh Menteri Dalam Negeri yang baru. Beliau ingin membuktikan bahawa beliau bukan seorang 'pondan' dan bukannya menteri 'amaran'.

Kita tunggu jelah, apa yang berlaku. Dalam kes DS Anwar tu aku dah ulas sebelum ini bahawa hanya jawatan PM sahaja yang boleh menyelamatkan beliau dari meringkuk dalam penjara buat kali kedua.

No comments: