SAHABAT BLOG

22 April 2013

PM Ke 7....Anwar Bakal Berputih Mata.

Pakatan yang tiada muafakat. Pelik bebenor bunyinya. Pakatan apa kebendanya kalau tiada muafakat. Kalau disebut pakatan, sepatutnya adalah muafakat yang berpakat yang erat. Inilah yang ada pada Pakatan Rakyat. Mereka ni nama sahaja Pakatan tetapi hakikatnya mereka tiada muafakat. Kalau ada muafakat, macamana boleh ada perlawanan sesama sendiri antara calon PKR dan calon PAS di sesetengah kawasan.

Kononnya, Presiden PAS mendakwa bahawa PAS sengaja mendaftar calon mereka apabila mendapati calon-calon yang dikemukakan oleh PKR mepunyai masalah moral, mengedar dadah, berfahaman komunis. Berani dia menuduh sedemikian. Kalau akulah menjadi ketua PKR, sudah tentu aku akan minta Presiden PAS menarik balik tuduhan tersebut. Tuduhan tersebut sangat berat. 

"Di Johor berlaku pertindihan sebabnya kita tunggu rakan kita (PKR) lambat tiba masuk nama calon. Sikit lagi nak tamat, tak mari-mari maka kita siap sedia takut BN (Barisan Nasional) menang tak bertanding. Bila Pas masuk barulah dia masuk," katanya.

Abdul Hadi mendakwa pihaknya turut mendapat maklumat ada calon-calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.

"Ada calon-calon yang kita khuatir berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya yang merujuk individu menganut fahaman komunis tetapi beliau tidak mendedahkan orang berkenaan - Presiden PAS (
http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-beri-sebab-pertindihan-kerusi-di-marang-1.152786)

Tuduhan PAS itu secara tersiratnya telah memberi gambaran bahawa PKR ni sebuah parti yang tidak boleh diharap dan tidak berkebolehan. Sebuah parti yang tidak tahu membuat kerja sehinggakan dalam soal memilih calon pun tak boleh dilakukan dengan elok dan berhati-hati dan dilakukan secara sembrono.   Secara tersiratnya juga, Haji Hadi sebenarnya memberi gambaran awal bahawa ketua parti PKR tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menjadi pemerintah.

Sebut pasal menjadi PM, Anwar sekarang ni sudah betul-betul yakin bahawa beliau bakal menjadi Perdana Menteri. Dengar ceritanya beliau telah memberikan gambaran apa yang bakal dilakukan pada malam 05 mei nanti. Aku yakin bahawa PKR akan membuat onar dan huru hara jika PR berjaya menjadi pemerintah kerana DAP dan PAS sudah tentu tidak bersetuju untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.  

Anwar  tak baca ke maksud tersirat Haji Hadi menuduh calon PKR pengedar dadah dan pemuja komunis, dan juga maksud tersirat tindakan DAP hendak menggunakan lambang bulan dalam PRU 13  berbanding menggunakan lambang Mata PKR. Sudah tentu ada sebab dan ianya bukannya satu kebetulan.   Aku percaya DAP beranggapan bahawa PAS itu lebih berprinsip dan lebih dipercayai berbanding PKR. Kalau dipandang dengan mata kasar dan mata hati pun , kita boleh nampak perbezaan yang cukup ketara di antara  PAS, DAP dan PKR. 

Apa-apa pun, aku mengharapkan BN akan terus mengekalkan tampuk pemerintahan dan mendapat kemenangan yang cukup besar supaya segala aku janji yang dijanjikan akan ditunaikan. Adalah lebih elok dan lebih konkrit jika sekiranya DS Najib menandatangani aku janji tersebut dan berjanji jika sekiranya beliau tidak dapat menunaikan aku janjinya, maka beliau sanggup untuk menyerahkan jawatannya kepada Timbalan beliau. Bukan orang tidak percaya kepada akur janji beliau tetapi supaya nampak ianya satu jankji yang wajib ditunaikan, itulah sebaiknya dilakukan.







No comments: