SAHABAT BLOG

11 April 2013

Pengerusi PKR Terengganu dianak tirikan..."Keluar Parti Je".

" Saya dengan berbesar hati rela mengutamakan kawan-kawan terlebih dahulu untuk bertanding. Dan sebagai pengerusi negeri, saya mesti mengutamakan anak-anak buah saya dahulu. Akhir sekali kalau masih ada baki (kerusi) dan parti perlukan saya..... barulah saya bertanding".

Di atas adalah luahan En, Azan Ismail iaitu pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu apabila dihubungi oleh Utusan Malaysia.

Kesian pun ada. Bakpe wat naiya lagu tu kat beliau. Dahlah tempat beliau di Indera Mahkota diberikan kepada orang lain, kini harapan beliau untuk bertanding di Kemaman pula telah direbut oleh calon yang tidak dikenali En. Kamaruddin Chik. Adik beradik Sabry Chik kot.

Semuanya ini aku fikir gara-gara tindakan En. Azan sendiri yang pernah cuba untuk belot kepada PKR. Namun demikian Jika PKR ini sebuah parti yang bermaruah, aku tidak fikir mereka akan melayan seorang Ahli Parlimen dari Parti mereka dan juga merangkap Pengerusi PKR Negeri sedemikian rupa. Walaupun beliau pernah mempunyai masalah dengan Parti, tetapi kesetiaan dan kewibawaan , Kudrat dan tenaga serta idea beliau masih ditagih. Kalau tidak kenapa beliau dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri. Satu jawatan parti paling utama di sesebuah negeri.

Memang benar Anwar berkuasa penuh untuk menentukan calon-calon, tetapi sepatutnya beliau mendapatkan gambaran akar umbi terlebih dahulu sebelum meletakkan calon. Dengar ceritanya, En.Kamaruddin Chik yang dicalonkan untuk kalah di Kemaman itu bukanlah calon pilihan jentera parti di kemaman. Mereka mahukan En.Azan Ismail sebagai calon PKR di Kemaman. Nampak gayanya kali ini, PKR hanya sekadar memenuhi syarat sahaja untuk bertanding sedangkan hakikatnya mereka tidak ada kekuatan untuk menang. Perkara inilah sebenarnya yang merisaukan PAS.

Aku bukan menyokong Azan Ismail, tetapi aku ingin memberitahu bahawa rosaknya PKR disebabkan oleh Anwar , keluarga dan rakan-rakan beliau. Tak ada gunanya ahli-ahli membayar yuran tetapi suara mereka langsung tidak diberi perhatian. PKR ini sekali lagi aku katakan seoralh-olah Parti Sdn.Bhd. milik Anwar, Keluarga dan Rakan-Rakan bukanya parti untuk rakyat Malaysia yang menjadi ahlinya.

Aku pun pelik, kenapa masih ada yang mampu untuk bertahan di dalam PKR.



No comments: