SAHABAT BLOG

26 April 2013

Pemimpin Cemerlang VS Pemimpin Malang



DS Najib pemimpin yang cemerlang. Beliau pemimpin yang boleh memakmurkan negara dan rakyat. Sepanjang pemerintahan beliau, begitu banyak kesenangan dan nikmat yang diberikan secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat. Bohong jika ada yang mengatakan sepanjang tempoh 4 tahun pemerintahan DS Najib, rakyat semakin susah dan negara semakin mundur ataupun statik. Kehidupan rakyat semakin bertambah baik dan negara pun semakin makmur. Cuma masalahnya kemakmuran dan nikmat yang dikecapi ini cuba dinafikan oleh Pakatan Rakyat. Pelbagai karenah dilakukan oleh mereka untuk menyusahkan DS Najib. Semuanya itu tidak mengugat Prestasi DS Najib. 

Terus terang aku katakan bahawa rakyat akan kerugian yang teramat besar jika tidak memilih DS Najibn sebagai PM selepas PRU13 nanti. Memang tidak dinafikan ramai rakyat yang tidak suka kepada kemakmuran dan kemajuan yang dinikmati oleh rakyat sekarang ini. Mereka tidak suka kerana, mereka merasakan bahawa inilah sahaja cara untuk mereka berkuasa. Tiada lain yang dikejar oleh Pakatan Rakyat kecuali kuasa pemerintahan. Bukun Jingga dan juga manifesto yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah fatamorgana semata-mata bagi tujuan mengelirukan rakyat. Umpama guruh dilangit, hanya bunyi sahaja yang kuat tetapi belum tentu menjanjikan hujan rahmat.

Rakyat yang memilih Pakatan Rakyat adalah rakyat yang tidak tahu membezakan antara kuasa dan kurasa.
Mereka memilih Pakatan Rakyat kerana "kurasa" Pakatan Rakyat bakal menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dilakukan oleh BN. Mereka tidak sedar bahawa segala yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat itu hanyalah disebabkan "kuasa". 

Untuk ulasan lanjut, sila baca apa kata Pakar Ekonomi di bawah ini. 
APRIL 25, 2013
JOHOR BAHRU, 25 April — Pakar ekonomi dan kewangan, Profesor Datuk Dr Sudin Haron menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang cemerlang dengan pendekatan strategik ke arah memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih gemilang. 

Najib patut mendapat mandat daripada orang ramai untuk terus memimpin negara dalam pilihan raya umum akan datang, katanya. Sudin, pengarah Pusat Harta Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Wakaf Malaysia berkata Program Transformasi Ekonomi perdana menteri itu telah menghasilkan banyak keputusan positif. 

"12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah ETP berpotensi untuk menyumbang jumlah ketara kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya kepada Bernama. 

"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat daripada RM630 bilion pada 2009 kepada RM749 bilion pada 2012. Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) juga meningkat daripada RM605 bilion kepada RM698 bilion pada tempoh yang sama. 

"Pelaburan terus asing (FDI) juga meningkat daripada RM5 bilion pada 2009 kepada RM37 bilion bagi 2011," tambah Sudin. 

Beliau juga berkata ketibaan pelancong asing ke Malaysia telah meningkat daripada 24.6 juta pada 2009 kepada 25 juta bagi 2012. 

"Di bawah pentadbiran Najib, lebih banyak peluang pekerjaan telah dicipta. "Sebagai contoh, lebih 300,000 pekerjaan baharu dicipta pada 2011 dan 800,000 untuk 2012," katanya. 

Menurut Sudin, data daripada Bank Dunia menunjukkan Najib juga telah membantu meningkatkan Malaysia kepada taraf yang lebih tinggi dalam beberapa bidang berbanding lain-lain negara. 

"Beliau telah memperkenalkan banyak inisiatif yang memberi kesan langsung kepada golongan berpendapatan rendah. Semua ini adalah di bawah konsep 1Malaysia," katanya. 

Sudin berkata di bawah pentadbiran Najib, terdapat lebih kebebasan politik. "Beliau telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meminda Akta Pendidikan Tinggi Kebangsaan. "Saya percaya di bawah kepimpinan Najib, Malaysia telah berkembang pesat sejajar dengan Wawasan 2020. Oleh itu, rakyat Malaysia patut menyokong kepimpinannya," tambah beliau. — Bernama

No comments: