SAHABAT BLOG

27 March 2013

Kenapa PR Mendesak Parlimen dibubarkan dan kenapa Mereka Masih belum bubarkan DUN terjawab.

Kenapa PR beria-ia sangat mendesak DS membubarkan parlimen sedangkan masa untuk Parlimen terbubar dengan sendirinya sudah semakin hampir. Tidak bolehkah mereka tunggu sehingga Parlimen terbubar dengan sendirinya. Pada masa yang sama mereka pun masih teragak-agak untuk membubarkan parlimen sedangkan jika mereka bubarkan parlimen DUN masing-masing sekarang ini pun, pihak SPR akan menunggu Parlimen dibubarkan juga untuk mengadakan pengundian serentak.

Pada pendapat aku ada beberapa sebab kenapa PR tak sabar-sabar mendesak parlimen dibubarkan:-

1.  Apabila parlimen dibubarkan, maka kerajaan yang ada adalah kerajaan sementara. Bila kerajaan sementara, maka PM dan anggota kabinet beliau adalah sementara. Bila sementara sahaja, maka peruntukkan-peruntukkan kementerian tidak boleh digunakan sewenang-wenang atau tidak boleh digunakan langsung. PR risau kerana selagi parlimen tidak dibubarkan, maka selagi itulah para pemimpin BN boleh menggunakan pelbagai peruntukkan untuk diberikan kepada rakyat. Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April 2013. Maknanya dalam tempoh sebulan lebih lagi, pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh PM dan kabinetnya serta wakil rakyat mereka untuk mendekati rakyat dengan menggunakan peruntukkan kerajaan yangmana semuanya ini  tidak dapat dilakukan oleh kerajaan sementara.

2.  Pada masa yang sama , kenapa Pakatan Rakyat sendiri masih tidak mahu membubarkan DUN masing-masing. Kalau nak kata mereka masih mencari peluang untuk memberikan bantuan kepada rakyat di saat-saat akhir, rasanya tidak kerana mereka memang tidak pandai dan tidak tahu bagaimana cara hendak mendekati rakyat dan bagaimana mengembirakan hati rakyat. Rakyat yang menyokong mereka pun bukannya disebabkan rakyat suka atau gembira dengan PR, tetapi disebabkan rakyat tidak suka dan tidak gembira dengan BN. Maknanya kalau rakyat kembali suka dan kembali gembira dengan BN, maka PR akan berkubur.

Jadi kenapa PR masih belum bubarkan DUN masing-masing? Sudah tentu ada sebab lain kenapa mereka juga menunggu-nunggu Parlimen dibubar. Rasanya tidak ada sebab lain kecuali berkaitan dengan sumber pendapatan wakil rakyat mereka. Apabila DUN dibubarkan, maka secara automatik wakil-wakil rakyat akan terlucut hak mereka samada hak emolumen, dan pelbagai hak lagi yang selama ini dinikmati atas kapasiti sebagai wakil rakyat. Elaun dan kemudahan yang dinikmati selama ini ditarik balik. Jadi kenapa mereka sengaja hendak melucutkan perkara itu sedangkan mereka mempunyai kuasa untuk mengekalkannya sehingga ke tarikh akhir usia DUN masing-masing.

2 comments:

Anonymous said...

Ini semua alasan POYO....
1)Sedia maklum yg najib adalah PM Malaysia yg pertama yg menunggu sehingga parlimen terbubar dgn sendirinya, sebenarnya kerana takut dgn bayang2 sendiri.

2)Ikut kata Tun Dr.Mahathir kl dia masih berkuasa , dah lama dia bubar parlimen.

3)Berani buat, beranilah tanggung najib. Rakyat sudah lama bukak mata. Sepanjang anda berkuasa, macam2 benda pelik yg anda buat. Semakin anda mengeruhkan keadaan, semakin benci dan jijik rakyat kepada anda.

Anonymous said...

apalah bodoh mamat ni..sapa yg buta mata ?..Cuba hang selak tgk bayang2 di belakang bontot hang ada paknuar ke..knp bodoh piang...Rakyat? aku xsangka kau ni puak racis..hihi dah lama tukar agama ke? POYOmon March 27,6.00pm