SAHABAT BLOG

28 March 2013

Kenapa PM Masih Bubar Parlimen Terjawab?

PRU 13 akan datang bila-bila masa sahaja lagi. Sehingga kini tidak ada tanda-tanda bahawa PM akan membubar parlimen dalam masa terdekat, tetapi oleh kerana DUN N9 sudah terbubar dan N9 sekarang ini diterajui oleh kerajaan sementara, maka ianya mungkin mempengaruhi PM untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini. Dijangkakan LIMA 13 adalah acara peringkat kebangsaan terakhir yang dianjurkan oleh kerajaan BN.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa PM masih belum mengumumkan pembubaran Parlimen. Ada yang kata PM takut kalah kerana  risikan mengatakan BN akan tumbang, ada yang mengatakan DS Rosmah masih belum memberi keizinan, ada yang kata PM masih nak agihkan kekayaan kepada rakyat sebagai kempen  sebagainya. Sebenarnya pada pendapat hamba semua tekaan ini mengarut sahaja dan tidak tepat.

Oleh itu apa yang benar dan yang boleh dipercayai menjadi sebab utama kenapa PM masih belum bubarkan parlimen. Pada pendapat hamba, sSebab utama yang aku fikir adalah berkaitan dengan ILHAM. Bukannya Muhamad Ilham ataupun Ilham Ashari. PM sebenarnya belum mendapat ilham untuk membubarkan parlimen. Ilham ini bukan boleh dipaksa-paksa. Ianya adalah anugerah dari Allah untuk seseorang. Kadang-kadang Ilham ini datang tiba-tiba dan dimana jua tidak kira masa.

Kebanyakkan PM terdahulu akan membubarkan parlimen setelah mendapat ilham. Ilham ni bukannya boleh dipaksa-paksa.  Macam pencipta lagu juga, mereka tidak boleh mencipta lagu secara paksa atau dipaksa. Lagu yang dicipta secara terpaksa itu kebiasaannya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jadi PM pun macam pencipta lagu juga, beliau juga mahukan hasil yang baik. Oleh itu sehingga kini PM masih menunggu ilham datang.

Tahun 2008, Pak Lah membubarkan Parlimen setelah mendapat Ilham. Namun demikian Ilham beliau tidak bagus. Ada sesetengah pihak mengatakan ilham tu bukannya Pak Lah punya, tetapi KJ punya. Wallahualam. Apa yang pasti Ilham Pak Lah tahun 2008 tidak bagus, ianya datang macam dipaksa-paksa. PM yang paling bagus ilhamnya ialah Tun Mahathir. Walaupun tahun 1988 dan 1997, BN menghadapi krisis, Tun masih diberikan ilham untuk membubarkan parlimen. Alhamdulillah Ilham beliau tepat.

Jadi kita tunggu, bilakah DS Najib akan diberikan Ilham untuk membubarkan Parlimen. Kalau DS Najib tidak membubarkan parlimen dan menunggu sehingga Parlimen terbubar sendiri, maka bolehlah dikatakan DS Najib bukannya seorang yang bertuah untuk diberikan Ilham.

Ilham,
Dah berapa lama menunggu,
Dah berapa ramai yang tunggu,
Punggung pun dah berkematu,
Ramai juga yang jadi tunggul

Kenapa ko tak datang
Kalau ko tak mau datang,
Ko tunggu aku datang,
Aku datang bawa pantang
Bukan senapang atau parang
Bukan juga bawa pendatang

Ramai yang datang ni
Ada yang penakut ada yang berani
Ada melayu ada Serani
Ada laki ada bini
Harap ko layan kami
Tak sabar dah ni

 

1 comment:

Wak Labu said...

ilham???

lawak, lawak!

Wak fikir, itu 'lapuran risik' tu lebih tepat.

majoriti rakyat masih menyebelahi PR.

kalu bubar parlimen dan adekan PRU, BN pasti tumbang tergolek........

jangan mara ha........