SAHABAT BLOG

12 January 2013

Penyokong Ramai Tapi Kalah Juga Akhirnya..Kesian..

Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman
 Himpunan Shamsidar 12/01/2013



Himpunan Hijau Di Stadium Darul Aman 01/06/2012

Dua gambar yang aku sertakan di atas ada perbandingan antara Himpunan yang dibuat pada Jun 2012 dengan Januari 2013. Apa yang aku nak bagi tahu ialah berkenaan bilangan peserta perhimpunan ini. Kedua-duanya peserta yang sama sahaja. Orang yang sama sahaja , tiada perubahan mana pun dari segi jumlah kehadiran. 

Nak kata meningkat tidak juga, nak kata berkurang pun tidak juga. Apa yang boleh disimpulkan bahawa setakat ni sahajalah kemampuan Pakatan Rakyat untuk himpun peserta. Tak pernah melebihi 50 ribu orang, walaupun mereka dakwa ratusan ribu orang yang hadir, itu semua adalah cakap besar sahaja ataupun mainan psikologi sahaja.

Ambil kisah tema Harimau Malaya lawan Team Singapore dalam AFF Suzuki baru-baru ni. Penyokong Malaysia seramai 80,000 orang, manakala penyokong Singapore hanya 500 orang sahaja. Tapi sape yang menang? Maknanya kemenangan bukan ditentukan oleh ramai atau kurangnya penyokong yang hadir. Memang benar jika dibandingkan kehadiran penyokong antara BN dengan PR di dalam satu-satu perhimpunan, penyokong PR akan mengatasi dari segi jumlah kehadiran. Namun demikian itu semua tidak menjamin kemenangan kepada PR kerana team mereka sebenarnya cukup lemah dan cukup rapuh kerana sebenarnya kekuatan team work mereka masih kurang mantap. 

Jadi , kejayaan Himpunan Shamsidar@Himpunan Kebangkitan Rakyat@Himpuynan Membodohkan Rakyat tidak membawa apa-apa makna kepada keputusan PRU 13 nanti. BN tetap akan memenangi PRU 13 nanti dengan kejayaan besar kerana Allah sentiasa merestui BN sejak 50 tahun yang lalu lamanya tanpa mungkir. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-janjiNya kepada hamba-hambaNya.


3 comments:

Anonymous said...

kenapa orang melayu perlu bersengketa sesama sendiri?

Nadine said...

Ada syaitan yg memecahbelahkan org islam syaitan bertopeng org alim

Anonymous said...

jawapan untuk artikl ko senang ja, sbb bn main taktik kotor, men tipu, try telus, mmg dah lama teborai umngok parti keramat ko 2