SAHABAT BLOG

20 December 2012

PAS Menerima Cedukan KO


Lagi....396 Ahli Pas Di DUN Semerak Sertai UMNO...Ini Memberi Tamparan Hebat Buat PAS

PASIR PUTEH, 20 Dis – Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat ‘Haji Hadi’ yang mengkafirkan UMNO.Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai PAS sejak 30 tahun lepas.“Kami mula terpengaruh dengan amanat Haji Hadi yang disampaikan oleh penceramah Pas menerusi masjid dan kempen pilihan raya dalam tempoh 30 tahun lepas,” kata Che Ngah yang juga bekas anggota Pemuda Pas Tahan Lasak pada satu majlis penerangan Amanat Haji Hadi di Kampung Lembah di sini, hari ini.Che Ngah berkata sekarang beliau dan rakan-rakannya sedar amanat itu hanya retorik politik dan bukan ajaran Islam sebenar, sehingga Pas sanggup mengeluarkan hukum kononnya tidak sah jika bersolat berimamkan orang UMNO dan terpaksa menikah dua kali (dinikahkan semula) jika dinikahkan oleh imam UMNO.

Beliau berkata Pas juga gagal menyediakan infrastruktur yang sempurna kepada rakyat seperti masjid, jalan dan jambatan sebagaimana yang dijanjikan walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama kira-kira 22 tahun.Rakannya, Ahmad Abu Bakar berkata beliau merasa kesal dan bersalah kerana turut terpengaruh dengan amanat itu antara lain orang UMNO yang meninggal dunia tidak boleh dikebumikan di kawasan perkuburan orang Pas sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di kampung.Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata kini semakin ramai anggota dan penyokong Pas ingin menyertai UMNO kerana mereka sudah sedar dengan tipu daya Pas.

“Perkembangan terbaru itu luar biasa dan hasrat UMNO untuk menawan empat DUN dan Parlimen Pasir Puteh yang kini dikuasai Pas semakin cerah pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Baru-baru ini pelbagai pihak mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti itu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden Pas itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak. 




Putrarahman: Berita di atas akan dipandang sebelah mata sahaja oleh penyokong paling tegar PAS. Mereka akan kata, kalau benar mereka semua tu ahli PAS, sila tunjukkan kad keahlian atau sebutkan nombor keahlian PAS masing-masing. Entah-entah 396 orang tu memang penyokong UMNO sedia ada. 

Jadi kepada pemimpin UMNO, kalau ada penyokong atau ahli PAS nak keluar PAS, UMNO percaya sajalah bahawa mereka itu memang penyokong atau ahli PAS. Tak payah minta mereka tunjukkan kad keahlian ataupun nombor keahlian. Terpulanglah kepada penyokong PAS yang masih tegar dengan PAS nak percaya atau tidak.

Lagi satu, kepada orang Islam semua, sebenarnya tiada sebab lagi untuk memberikan sokongan kepada PAS. PAS sekarang ini sama tarafnya dengan UMNO dan juga lain-lain parti politik iaitu sebuah parti politik yang berjuang untuk mendapatkan kuasa. 

Kalau dulu, memanglah boleh dikatakan PAS ini sebuah gerakan ataupun pertubuhan yang berjuang bagi menegakkan sebuah negara Islam yang menjalankan hukum Islam sepenuhnya. Sesiapa yang menyokong akan mendapat pahala  dari Allah atas sebab niat untuk menegakkan Hukum Allah. 

Sekarang ini, semenjak PAS berkerjasama dengan DAP dan PKR, maka taraf dia samalah seperti UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tidak ada lagi perjuangan negara Islam ataupun Hukum Islam, tetapi yang ada adalah perjuangan untuk mendapatkan kuasa semata-mata.

Jadi, adalah lebih baik umat Islam memberikan sokongan kepada UMNO kerana terbukti di dalam BN, UMNO adalah sebuah parti yang dominan manakala di dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah sebuah parti yang sering kali diperkudakan oleh DAP dan PKR.

No comments: