SAHABAT BLOG

21 December 2012

Mogok Lapar Lynas


Anak muda anti-Lynas anjur mogok lapar 100 jam

Hazayani Zakaria,20 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan anak muda, yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar akan menganjurkan mogok lapar selama seratus jam di Dataran Merdeka, bermula 27 Disember hingga 1 Januari.

Jurucakap kumpulan tersebut, Tan Woon Tian berkata, mereka mahu mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat berhubung projek yang mengancam nyawa rakyat termasuk projek pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

"Oleh sebab itu kami bekerjasama dengan Himpunan Hijau. Kami mengharapkan kerajaan akan lebih telus dalam menangani projek seperti ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini..

Mengulas lanjut, beliau berkata, mogok lapar yang bermula jam lapan malam 27 Disember itu dijangka tamat pada 12 tengah hari, 1 Januari dengan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah berusia lingkungan 14 tahun.

“Kami juga meminta Kabinet untuk memberikan respons mereka dalam perkara ini,” katanya lagi.

Selain mogok lapar, mereka juga akan mewujudkan speaker corner yang akan menjemput wakil pertubuhan alam sekitar.

“Kami sudah maklumkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan St John Ambulans.

“Kami bagaimanapun tidak merasakan keperluan untuk memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya lagi.

Mereka yang ingin menyertai mogok lapar tersebut boleh melayari laman Facebook kumpulan itu di Hunger Protest 100: Say No to Public Hazard: Protes Lapar Tolak Ancaman Alam

Putrarahman: Itu hari jalan kaki, sekarang ni mogok lapar pulak. Lepas ni mungkin ada yang terjun jambatan Pulau Pinang beramai-ramai pulak. Elok jugalah mereka mogok lapar sekurang-kurangnya mereka tahu bagaimana rasanya penderiataan rakyat di luar negara yang miiin tiada makanan. Mungkin selama ini mereka tidak merasa kesengsaraan apabila berada di dalam kelaparan kerana tiada makanan, maka diharapkan melalui mogok lapar ini akan menginsafkan mereka.

Diharapka kepada kerajaan, janganlah dilayan puak-puk yang macam ini. Gunakan apa-apa akta untuk menghukum mereka ini supaya tindakan mereka ini  dijadikan sebagai ikutan oleh pihak-pihak lain untuk membuat tuntutan terhadap kerajaan. Payah kita kalau tindakan ini dibiarkan kerana apa sahaja perkara yang tidak dipersetujui, maka tindakan mogok lapar diadakan.

No comments: