SAHABAT BLOG

18 February 2012

Lim Guang Eng Tidak Jawab Soalan

Aku kebetulan menonton debat antara Lim Guang Eng dengan Dr.Dhua Soi Lek yang berkaitan dengan sistem dua parti akan menyebabkan sistem dua bangsa.

Dari apa yang aku perhatikan dan dengar dari penterjemah, aku dapati Lim Guang Eng tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Lim Guang Eng nampak kelam kabut dan syok sendiri di mana beliau lebih banyak mempromosi apa yang dilakukan oleh beliau sepanjang menjadi CM Pulau Pinang. Lim Guang Eng juga dengan jelas menyatakan bahawa beliau mengamalkan kaedah 'wang akan menumbuhkan wang' sebagai prinsip pemerintahan beliau atau dalam bahasa mudahnya beliau bermaksud menguruskan sebuah negeri atau negara itu seumpama berniaga. Pasal itu kita akan lihat Guang Eng begitu pesat mencari sumber-sumber kewangan termasuk menjual tanah hak milik kerajaan negeri bagi tujuan mencari wang. Bayangkan jika mereka memerintah negara, berapa banyakkah tanah-tanah yang akan dijual atau digadai oleh  mereka untuk mencari wang.

Dr.Chua Soi Lek kelihatan lebih tenang dan beberapa kali memerangkap Guang Eng dengan peribahasa-peribahasa Cina termasuk dalam soal mencari wang. Bagi tujuan menarik pengundi cina agar menyokong MCA, Chua Soi Lek menyatakan bahawa menyokong DAP secara tidak langsung ianya akan menaikkan PAS kerana PAS mempunyai begitu banyak pengaruh di dalam PR. Dr. Chua Soi Lek memberi contoh di Perak, walaupun DAP memperolehi kerusi yang lebih besr dari PAS, tetapi yang menjadi MB ialah dari PAS.  Maknanya menyokong DAP secara tidak langsung akan mengangkat PAS menjadi Perdana Menteri dan hudud mungkin akan dilaksanakan. 

Apabila penonton dibenarkan bertanyakan soalan, aku perhatikan begitu ramai para penonton bertanyakan soalan kepada Lim Guang Eng dana ada juga yang melahirkan rasa tidak puas hati kepada beliau. Boleh dikatakan hampir 90 peratus soalan-soalan yang ditanyakan oleh penonton itu tidak dijawab oleh Lim Guang Eng bahkan beliau menggunakan masa yang diberikan untuk menjawab soalan itu untuk mempromosi kehebatan beliau8 menguruskan Pulau Pinang.  Ada seorang penonton yang bertanyakan soalan di dalam bahasa Melayu. Walaupun beliau berbangsa Cina, tetapi masih bertanyakan soalan di dalam bahasa Melayu, aku tidak tahu kenapa beliau berbuat demikian, dan soalan beliau tidak diberi respond oleh pada pendebat. 

Kesimpulan yang boleh aku katakan, jika hendak mencari seorang pemenang, aku fikir pemenang ialah Dr. Chua Soi Lek. 

No comments: