SAHABAT BLOG

20 December 2012

Mahkamah Tolak Samam Haram Jadah

Tak faham bahasa kiasan, akhirnya menyusahkan orang sahaja. Itulah dulu sekolah tak habis, sekarang ni mudah pula diperalatkan dan dipergunakan oleh Pakatan Rakyat. Kalau sekolah habis, takkan tak boleh bezakan mana satu bahasa kiasan dan mana satu tuduhan, mana satu penghinaan, mana satu makian.

Inilah yang berlaku kepada 8 orang peneroka yang cuba menyaman PM kerana menggunakan perkataan Haram Jadah. Besar betul 'kemaluan' mereka kerana dipanggil haram jadah, sehingga sanggup membawa kes ke mahkamah. Itu bahasa kiasan bagi tujuan memaki. Bukan dituju pada 8 orang ni atau sape-sape. Sapa yang terasa, dialah haram jadah.  

Maksud Haram Jadah itu seumpama sebuah pemerintahan yang lahir daripada sebuah pakatan yang tidak sah kerana tidak didaftarkan ataupun seorang anak yang lahir hasil daripada persetubuhan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang samada undang-undang Islam mahupun undang-undang civil. macam, anak cina yang mati bunuh diri tu di Selangor yang heboh satu negara. Anak Haram Jadahlah tu. Kalau Pakatan Rakyat menang PRU 13 nanti, harap-harap mereka dapat daftarkan pakatan mereka supaya tidak digelar haram jadah. 

Takkan tak tahu kot apa itu bahasa kiasan. Meh sini aku nak wroyat . Bahasa kiasan ialah perkataan yang digunakan untuk memberi gambaran sebenar kepada sesuatu perkara yang tidak boleh disebut secara terus disebabkan sesuatu keadaan dan sesuatu perkara. Ini aku punya huraianlah. Kamus dewan pula kata Bahasa Kiasan itu ialah perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu.

Kalau nak tahu lanjut, baca berita kat bawah ni.

TEMERLOH 20 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman lapan peneroka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapan beliau pada pengumuman durian runtuh yang diadakan di Felda Jengka 8 di Maran, 8 Mei lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusan di kamarnya berkata, perkataan haram jadah yang diucapkan oleh Perdana Menteri pada majlis tersebut hanya merupakan satu kiasan dan tidak ditujukan kepada sesiapa. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121220/ma_04/Mahkamah-batal-saman-lapan-peneroka-terhadap-PM#ixzz2FYuXMfLn
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: