SAHABAT BLOG

18 August 2009

Ahli UMNO tidak masuk Syurga


BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Dipetik dari Laman Web www.utusan.com.my


Ulasan: Aku cuba untuk membuat analisa sendiri adakah betul tajuk yang aku anggap agak kasar yang digunakan oleg Utusan ini membawa maksud apa yang diucapkan oleh TGNA.
"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga “. Inilah antara ucapan TGNA yang dilaporkan oleh Utusan. Dari ayat ini, apa yang aku faham bahawa TGNA bermaksud bahawa di Negara Malaysia ini, agama Islam terletak di bawah dua pengawalan. Satu dikawal oleh UMNO dan satu lagi dikawal oleh PAS. TGNA mendakwa bahawa Islam yang dibawah kawalan UMNO tidak akan membawa para pengikutnya ke syurga sedangkan Islam yang dikawal oleh PAS akan membawa pengikutnya ke Syurga. Persoalanya apakah perbezaan-perbezaan itu yang pada pandangan TGNA yang boleh menghalang seseorang itu ke Syurga? Aku percaya TGNA mempunyai jawapan kepada persoalan ini.

Secara halusnya, adakah TGNA bermaksud bahawa Agama Islam yang dianuti oleh Ahli UMNO ini berbeza daripada Agama Islam yang dianuti oleh PAS. Tidakkah ini membawa maksud terdapatnya dua fahaman ataupun mazhab yang berlainan yang dianuti oleh PAS dan UMNO. Setahu aku, sejak dahulu lagi kerajaan Malaysia bermazhabkan Ahli Sunnah Wa Jamaah dengan mengambil sumber dari Mazhab Imam Syafie sebagai rujukan. Oleh yang demikian, sepatutnya segala apa yang diamalkan oleh Kerajaan bagi mengurus dan mentadbir agama Islam hendaklah bertunjangkan kepada Imam Syafie ataupun 3 Imam lain dalam Ahli Sunnah Wa Jamaah. Secara dasarnya, inilah yang dijadikan asas pegangan kerajaan UMNO. Apabila TGNA mendakwa bahawa dasar ini tidak akan membawa ke syurga sedangkan Islam yang diamalkan oleh ahli UMNO adalah berpandukan mazhab Ahli Sunnah Wa Jamaah, adakah ini bermaskud bahawa PAS tidak mengamalkan Ahli Sunnah Wa Jamaah dalam ajaran mereka. Mungkin juga?.

Ahli UMNO bukan semuanya terdiri daripada mereka yang belajar agama dan bergelar ustaz-ustaz. Apabila kerajaan UMNO mendakwa bahawa mereka mengamalkan Islam bermazhab Ahli Sunnah Wa Jamaah, adakah mereka boleh dipersalahkan apabila menyokong UMNO. Pihak PAS pulak tidak pernah mengistiharkan apakah Islam anutan mereka dan mazhab mana mereka bertaklik. Jika mereka mendakwa bahawa mereka juga pengikut Mazhab Ahli Sunnah Wa Jamaah, maka apa bezanya dengan UMNO.

Jika sekiranya Islam di bawah UMNO itu tidak kemana maksudnya ianya hanya akan kekal di dunia sahaja dan tidak boleh membawa ke akhirat bermaksud bahawa umat Islam yang mengamalkan Islam yang dibawa oleh UMNO tidak akan masuk syurga. Secara mudahnya Ahli UMNO tidak akan masuk syurga. Maka betullah tajuk yang digunakan oleh akhbar Utusan ini. Walaupun agak kasar bunyinya, tetapi inilah maksud sebenar yang cuba dikatakan oleh TGNA yang boleh ditafsirkan. Namun demikian seperti biasa mungkin akan ada isu disebalik tajuk ini dan kemungkinan juga apa yang diperkatakan oleh TGNA lain daripada yang dilaporkan.

No comments: