SAHABAT BLOG

02 December 2012

Pakatan Rakyat Memujuk PDRM

Dek kerana mahukan undi daripada pasukan PDRM, Nurul Izzah Anwar sanggup mempertaruhkan keselamatan dalam negeri apabila beliau menyatakan nisbah angggota polis berbanding jumlah penduduk sekarang ini sudah berlebih-lebih sedangkan kerajaan mengatakan anggota polis akan ditambah tahun 2013 bagi mengurangkan kadar jenayah.  

Setelah pecah pala mikir bagaimana hendak menarik sokongan anggota polis  maka Pakatan Rakyat berjanji untuk tidak membuat pengambilan baru anggota PDRM jika sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya. Apabila anggota baru tidak diambil, bajet 2013 berjumlah RM591 juta akan diagih-agihkan sebanyak 15% sorang kepada anggota polis sedia ada. Harapan mereka , anggota PDRM sedia ada akan menyokong mereka dalam PRU 13 nanti. 

Dalam bajet 2013 baru-baru ini, kerajaan ada mengumunkan penambahan anggota baru dan juga pelbagai kemudahan lain untuk PDRM. Bajet yang diperuntukkan cukup lumayan  berjumlah RM591 juta . Tujuan kerajaan adalah untuk mengurangkan kadar jenayah dengan penambahan anggota baru.

Pakatan Rakyat pula melihat bajet yang diluluskan itu sebagai satu peluang  bagi mereka untuk menarik sokongan anggota PDRM sedia ada. Nampak tak bertapa liciknya Pakatan Rakyat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengadai keselamatan rakyat demi untuk mencapai cita-cita mereka. 

Rujukan.


No comments: