SAHABAT BLOG

27 November 2012

MAHKAMAH SENJATA AMPUH UNTUK MEMBUNUH ISU

Pakatan Rakyat menggunakan negara jiran untuk menyerang pemimpin Malaysia. Perbuatan  menggunakan negara jiran untuk menyerang kepimpinan negara adalah satu perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Isu kapal selam Scorpene ini adalah isu yang telah dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kredebiliti PM DS Najib. Apabila sesuatu isu itu menjadi isu politik apatah lagi ianya digunakan sebagai senjata oleh parti pembangkang, sudah semestinya ianya  tidak 100% tepat benar dan boleh dipercayai. Politiklah katakan. Tapi yang peliknya, kenapa masih ada percaya bulat-bulat kepada pihak pembangkang? 

Sebagaimana diketahui, Pakatan Rakyat dan Kerajaan sedang berada di dalam mood peperangan. Peperangan yang aku maksudkan ielah peperangan politik bagi tujuan merebut kuasa. Bagi rakyat yang waras, setiap peperangan mesti mempunyai strategi dan helah tertentu untuk memenanginya.  Oleh itu segala isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat adalah helah dan strategi untuk memerangi BN. Helah dan strategi ini mesti kelihatan mantap dan lengkap. Jika tidak ianya mudah dipatahkan oleh pihak BN.

Sepatutnya pihak kerajaan telah lama menyedari bahawa Isu Scorpene ini adalah helah dan strategi Pakatan. Kerajaan sepatutnya telah lama dah melumpuhkan isu Scorpene ini. Contohnya dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang membangkitkan isu ini. Sekarang ini, hanya mahkamah sahaja yang boleh melumpuhkan senjata pakatan Rakyat.Jadi kenapa kerajaan tak gunakan.

Mahkamah adalah senjata paling ampuh untuk membunuh Isu, tetapi kerajaan tidak gunakan. Berbeza dengapihak pembangkang. Mereka akan menggunakan mahkamah untuk membunuh segala isu yang dibangkit oleh kerajaan.

Aku percaya jika Pakatan Rakyat berada dipihak kerajaan, sudah lama mereka mendapatkan injuksi mahkamah supaya isu ini tidak dibangkitkan sehinggalah mahkamah membuktikan bahawa isu ini adalah palsu semata.

Samalah dalam kes isu Lynas. Ianya juga merupakan strategi dan helah Pakatan Rakyat untuk menyerang BN. Kenapa kerajaan masih lagi berlembut dengan pihak yang membantah pembinaan Kilang Nadi Bumi Lynas sedangkan terbukti apa yang didakwa oleh pihak penentang itu adalah tidak benar. Sepatutnya pihak kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap para penentang kerana terbukti bahawa tindakan mereka itu boleh melemahkan BN. Tidakkah himpunan membantah Lynas ini adalah perbuatan menghina Mahkamah. Sepatutnya Lynas mengambil kesempatan daripada keputusan Mahkamah yang membenarkanLynas beroperasi untuk membunuh isu lynas ini.

Harakahdaily, 26 Nov 2012

KUALA LUMPUR: Taklimat Scorpene oleh dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham akan diadakan esok di Singapura, menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua.

“Mereka tidak ke Malaysia. Taklimat akan dibuat di Singapura,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan lokasi dan pihak yang dijemput mendengar taklimat tersebut.

“Kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” tambah Ahli Parlimen Batu itu sebagaimana dilaporkan oleh Keadilan Daily hari ini.

Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ditanya mengapa tidak dibuat di Malaysia, Cynthia berkata, kemasukan peguam terbabit dihalang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.

Khamis lalu, Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.

William dan Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

No comments: