SAHABAT BLOG

09 November 2012

Tahniah Lynas, Sesungguh Allah sentiasa bersamamu.

Tahniah kepada pihak Lynas Advanced Material Plant ( LAMP) kerana boleh meneruskan operasi Mahkamah menolak cubaan jahat 3 penduduk Kuantan untuk menghentikan operasi Lynas. Sesungguhnya cubaan 3 penduduk tersebut seumpama cubaan hendak menutup pintu rezeki pekerja Lynas akibat taksub dengan kajian-kajian songsang pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan Lynas itu membahayakan penduduk.

Setelah ini aku cadangkan kepada Pengurusan Lynas supaya mengadakan kenduri kesyukuran dengan sembelih lembu sebagai tanda kesyukuran dan menjemput penduduk setempat untuk datang meraikan kemenangan kurniaan Allah S.W.T. tersebut. Jemput sekali 3 orang penduduk yang membuat injuksi tersebut termasuk pemimpin pembangkang yang membantah Lynas.

Kemenangan ini memberi tanda bahawa Mahkamah bukannya tempat yang boleh digunakan oleh pihak pembangkang sebagai usaha hendak menentang kerja baik kerajaan. Mereka tidak boleh menyerahkan segala-galanya kepada mahkamah kerana perkara yang cerah tidak perlu diminta untuk dipercerahkan lagi seumpama memasang lampu kereta di waktu matahari panas terik.






mereka

3 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Salam tuan empunye blog,

Kalo boleh Tok mahon di senaraikan:

http://tokgajah46.blogspot.com

kedalam blog tuan.

Terima kaseh

putrarahman said...

Terima kasih Cikgu kerana sudi bertandang. Saya sudah linkkan.

Anonymous said...

tunggu lah kesan nya nanti mcm kat taiping...masa tu...jgn salahkan rakyat pulak...skrg ni boleh la senyum... apasal negera australia sendiri yang tak gi proses racun kimia ni...apasal kasi kat malaysia....