SAHABAT BLOG

15 November 2012

Anak Bapak

Anak Bapaklah katakan. Mana boleh Bini Bapak dan anak bapak mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan bapak. Nanti tak pasal-pasal dimurkai Bapak.

Baru - baru ni anak bapak  dibicarakan  oleh masyarakat awam dan juga ahli agama pasal dikatakan telah salah membuat tafsiran ayat Al-Quran. Tafsiran yang dikatakan salah itu jika dibiarkan dikhuatiri boleh membinasakan teras bangsa Melayu iaitu agama Islam.

Kalau tafsiran yang salah ini sengaja dilakukan disebabkan keperluan untuk memenuhi selera audien, bermakna anak bapak telah melakukan satu kesalahan dan pencerobohan kepada kesucian Islam. Anak bapak wajib bertaubat memohon keampunan dari Allah S.W.T. mengikut pendapat alim ulama dan mufti.

Kalau tidak sengaja disebabkan jahil, anak bapak wajib menarik balik tafsiran yang beliau buat tersebut dan mengakui kekhilafan beliau mentafsir ayat Al Quran. Anak bapak sebagai seorang pemimpin politik, tidak boleh mengeluarkan pendapat dalam semua perkara jika sedar bahawa perkara ataupun isu yang dibincangkan itu bukan dalam bidang disiplin ilmu beliau.

Mentafsir ayat-ayat suci Al Quran ni bukannya satu  tugas yang mudah dan bukan sermua orang terutama masyarakat awam  boleh membuat tafsiran Al Quran hanya berpandukan kepada terjemahan ayat-ayat AL Quran itu sahaja. Ianya memerlukan kepakaran dan disiplin Ilmu yang tinggi terutama di dalam bidang penguasaan bahasa Arab dan juga mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam hal serba serbi yang ada hubungkaitnya dengan agama Islam. Sebab itu, sekarang ini jarang kita perolehi kitab Tafsir Al Quran yang terkini yang sesuai dijadikan rujukan pada zaman globalisasi ini. Kitab-kitab Tafsir yang dibuat oleh ulama pada zaman dahulu seperti Kitab Tafsir Ibnu Khatir, Tafsir Syed Al Qutb sering dijadikan rujukan.

Pernah suatu ketika dahulu Mantan PM Tun Dr. Mahathir menyarankan supaya dibuat tafsiran baru terhadap Al Quran supaya sesuai dengan zaman semasa, tetapi beliau telah dilemparkan tuduhan yang bukan-bukan dengan pelbagai tuduhan. Maknanya untuk membuat tafsiran Al Quran yang sesuai dengan kehendak zaman semasa bukannya satu tugas mudah dan memerlukan satu usaha yang jitu dan bersepadu. Aku percaya, para alim ulama di Malaysia ini mampu untuk menerbitkan kitab Tafsiran sendiri jika sekiranya mereka berpadu tenaga untuk mengusahakannya.

Untuk mendapatkan tafsiran sebenar mengenai ayat Al Quran yang ditafsir oleh anak bapak, kalau rajin layarilah http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN326_Kebebasan_Beragama.pdf.


No comments: