SAHABAT BLOG

17 November 2012

Siapa yang zalim sebenarnya?

doahancur umno

Kushuknya para alim ulama ni berdoa. Doa tolak bala atau doa minta hujan. Kalau doa minta hujan, rasanya tak perlu kerana sekarang ni musim hujan. Tak payah doa pun hujan akan turun mencurah-curah. Kalau doa tolak bala, aku setuju benar kerana tak lama lagi mana tau bala bakal datang bertimpa-timpa. Eloklah minta doa tolak bala dari sekarang. 

Dengar ceritanya bukan doa tolak bala atau doa minta hujan, tetapi doa untuk kehancuran kepimpinan negara.  Ada ke patut mereka minta doa semoga kepimpinan negara musnah. Katanya pasal pemerintah zalim. Zalim apa kebendanya kalau majoriti rakyat mendapat rahmat dan nikmat. Zalim apa kebendanya kalau rakyat yang susah tak kira dari bangsa dan agama apa dibantu. Zalim apa kebendanya kalau setiap tahun menghantar para jemaah haji bahkan memberi subsidi lagi kepada jemaah haji. Zalim apa kebendanya kalau imam-imam dan para pendakwah dibantu dan dibayar elaun. Zalim apa kebendanya kalau mereka masih hidup bebas dan merancang siang malam untuk menentang dan menghancurkan pemerintah. Bukan sembunyi-sembunyi lagi dah, tetapi terang-terang. Kalau pemerintah yang zalim, mahu ditangkap dan disumbat ke dalam penjara kepala-kepala penentang  kerajaan ni. 

Ohhhhhh...pasal royalti minyak tak dapat, patutlah dikatakan zalim. Betul ke royalti minyak tu hak mereka? Ada pihak kata, royalti minyak tu bukan hak mereka, pasal tulah kerajaan tak bagi. Apa hukumnya kalau kita menuntut perkara yang bukan hak kita dan apabila orang tak kasi, kita tuduh orang tu zalim? Siapa yang zalim sebenarnya.

Alahai kesianya....

1 comment:

putrarahman said...


Pas doa hancurkan UMNO, BN
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah, Khamis lalu.

Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.

"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121118/po_07/Pas-doa-hancurkan-UMNO-BN#ixzz2CdGe3Zq5
© Utusan Melayu (M) Bhd