SAHABAT BLOG

19 November 2012

Hadi Riang Nurul Selamat

Seminggu yang sudah adalah tempoh yang aku yakin merupakan munggu paling mencabar bagi Nurul Izzah Anwar.  Hampir setiap hari beliau dihentam, dikritik, dikeci, dinasihati lain-lain sewaktunya. Jika difikirkan memang  selayaknya beliau terima semuanya itu. Dari Presiden UMNO hinggalah ketua cawangan, dari ustaz kampung sehinggalah mufti, semuanya mengkritik dan menasihati beliau agar bertaubat gara-gara kesalahan beliau membuat tafsiran ayat suci Al Quran surah Al Baqarah ayat 256 mengenai kebebasan beragama. Tafsiran salah beliau itu,  kalau dihuraikan dengan lebih terperinci boleh membawa maksud,  orang Melayu yang dilahir oleh pasangan Islam boleh memilih untuk menganut agama selain Islam jika mereka berkehendak untuk berbuat demikian apabila dewasa kelak. Beliau mentafsir surah Al Baqarah ayat 256 itu  tiada paksaan di dalam beragama itu merangkumi semua agama termasuk Islam.

Sekarang ini beliau sudah boleh menarik nafas lega kerana hentaman, kritikan yang bleh diibaratkan umpama peluru-peluru dan torpedo itu telah pun berjaya dialihkan ke arah lain. Peluru dan Topedo ini berjaya ditangkis dan dialihkan dengan sebuah Doa. Doa berbisa yang memohon kehadrat Ilahi agar UMNO dan BN dihancurkan oleh Allah sepertimana Allah menghancurkan Namrud, Firaun dan Abu Lahab. Doa yang menyayat hati ini dibaca dipohon oleh PAS. Doa yang sungguh menyedihkan ini dipercayai berjaya mengalihkan torpedo dan peluru-peluru UMNO dari terus menghentam Nurul Izaah Anwar. Doa yang zalim ini, itu tidak dapat dipastikan samada telah dirancang sedari awal ataupun secara tidak sengaja.

Jika ianya telah dirancang sedari awal, adalah sesuatu perancangan yang cukup hebat dan pihak yang merancang isu baru ini bukan calang-calang orang. Walau siapa pun mereka, aku tabik dengan kehebatan mereka dan nampaknya perancangan mereka berjaya.

Namun demikian, jika sekiranya isu yang sedang hangat sekarang ini berlaku secara kebetulan, ianya satu kebetulan yang cukup luar biasa dan cukup mengkagumkan.Ilham untuk berdoa sedemikian sesuatu yang cukup luar biasa dan cukup berbisa yang hanya lahir dari manusia yang mempunyai dendam kesumat yang cukup mendalam terhadadp UMNO sehingga berjaya menangkis serangan bertali arus UMNO kepada Nurul Izzah Anwar.

Dalam isu lain, Presiden PAS pula seperti malu-malu untuk menzahirkan keriangan hati beliau untuk dilantik sebagai PM. Beliau hanya sanggup untuk menzahirkan keriangan itu dalam nada bergurau walaupun beliau sedar bahawa seluruh penyokong akar umbi PAS yang masih ikhlas ingin melihat sebuah negara Islam tertegak di Malaysia ini berada dibelakang beliau.

Secara tersiratnya, Haji Hadi masih mengharapkan jawatan PM. Namun demikian, beliau tidak boleh menzahirkan harapan beliau itu secara nyata kerana memelihara hubungan pakatan dengan PKR dan DAP.  Harapan beliau itu masih boleh dibaca apabila beliau menyerahkan kepada proses demokrasi ataupun menyerahkan kepada ahli parlimen untuk memilih siapa yang paling layak untuk menjadi PM.

Mengikut Perlembagaan, Perdana Menteri Malaysia dilantik daripada mereka yang mendapat sokongan teramai ahli Parlimen tak kira dari pihak yang menang mahupun daripada pihak yang kalah dengan mendapat perkenan Agong. Perlembagaan tidak mengatakan mana-mana ketua parti yang mesti dilantik ke jawatan PM. Alhamdulillah selama ini Presiden dari Parti BN dipilih disebabkan parti BN berjaya memenangi Pilihanraya dan sokongan seluruh anggota parlimen dari parti BN mengcukupi bagi membentuk majoriti untuk melantik Presiden BN menjadi PM. 

Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 nanti, PM yang bakal diusulkan untuk dilantik  sudah semestinya Anwar Ibrahim. Namun demikian, dalam masa yang sama aku percaya akan ada usul daripada pihak BN supaya Presiden PAS dilantik menjadi PM. BN sudah tentu tidak mahu Anwar Ibrahim dilantik menjadi PM. Jika dihitungkan jumlah ahli parlimen BN dan ahli parlimen PAS, aku percaya mereka masih boleh membentuk majoriti.

Waktu inilah kesetiaan ahli parlimen PAS bakal teruji. Jika mereka menyokong usul yang dibuat oleh BN, maka secara automatik Presiden PAS akan menjadi PM. Menjadi PM merupakan cita-cita besar PAS dan sudah tentu ianya akan disambut dengan penuh kesyukuran oleh penyokong mereka.  Selepas menjawat jawatan PM, isu kerajaan campuran antara BN dan PAS sudah menjadi isu yang boleh dibincangkan.

No comments: