SAHABAT BLOG

11 October 2012

PAS Sudah Cacat

 

 

 

 

 

 

 

1.  tiada kena mengena dengan PAS'  Oleh batuvskayu

2.  DAKWAAN NASHA TAKDE KAITAN DENGAN PAS  oleh dppwm

3. BELUM MERANCANG TINGGALKAN PAS DAN SERTAI UMNO... APA PASAL    LU TAK RANCANG DAN SERTAI UMNO BEB ? oleh inderasipejuang

4. Nasharuddin Mat Isa dah jadi jurucakap UMNO dalam Pakatan... oleh alditta


Tajuk-tajuk blog di atas saya ambil daripada blog-blog Pro Pakatan. Sebenarnya banyak lagi blog-blog pro pembangkang yang menulis tajuk dalam nada yang sama tetapi aku tak larat nak copy paste semuanya.

Kalau dilihat dari tajuk-tajuk di atas, belum lagi baca beritanya aku dah boleh buat kesimpulan bahawa bloger pro Pembangkang sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Ustaz Nasharuddin. Marah betul mereka kepada Ustaz Nasha. Mau tak marahnya, kerana mereka lihat Ustaz Nasha ni sebagai perosak keharmonian Pakatan yang mereka bentuk. Kalau boleh mereka tidak mahu ada sesiapa di dalam Pakatan yang menyentuh Pakatan dalam konteks yang boleh merosakkan hubungan sedia ada.

Di pihak Ustaz Nasha pula, aku lihat beliau seorang yang berani dan sanggup menanggung risiko. Beliau sanggup untuk hilang kuasa dan karier politik asalkan tidak hilang maruah Islam. Aku tidak fikir Ustaz Nasha berseorangan dalam hal ini. Sudah tentu ada pemimpin dan penyokong lain di dalam PAS itu sendiri yang memberi moral support kepada Ustaz Nasha.

Secara peribadinya, tindakan Ustaz Nahsa ini adalah sesuatu yang betul dan sepatutnya disokong secara terbuka oleh pemimpin PAS yang masih ada roh perjuangan PAS. Aku percaya ramai di kalangan pemimpin PAS termasuk Presiden, Naib Presiden , Murysidul Am yang masih mempunyai roh perjuangan PAS tetapi mereka ini tidak berani untuk dilihat bercanggah dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Pasal apa, pasal mereka sedar bahawa jika mereka ditolak di dalam PAS, karier politik mereka akan berkubur.

UMNO sudah tentu tidak sekali-kali akan menerima mereka untuk dilantik menjadi pemimpin kerana di dalam UMNO itu sendiri saling jatuh menjatuh antara satu sama lain. Mereka mengambil contoh beberapa pemimpin PAS yang keluar dari PAS seperti Nakahie, Asri , Hassan ALi dan ramai lagi. Orang-orang ini tidak lagi mempunyai kuasa dan karier pilitik setelah keluar dari PAS.  Dalam bahasa mudah, pemimpin PAS masa kini takut hilang kuasa dan karier politik berbanding takut hilang maruah Islam.

Sebagai cadangan kepada pemimpin PAS yang masih muda belia. Tinggalkanlah PAS semasa usia masih muda dan sertilah perjuangan UMNO yang lebih ikhlas dan bermaruah. Bimbang kalau usia dah lanjut seperti sesetengah pemimpin sedai ada, sudah terlewat untuk tinggalkan PAS.


 


No comments: