SAHABAT BLOG

15 October 2012

Pas Sudah Cacat 2.

Jangankan isu yang besar seperti perlaksanaan Hukum Hudud, dalam perkara yang kecil pun jika dilihat ada kaitan dengan dengan sebuah negara Islam bakal ditentang habis-habisan oleh DAP.

Boleh dikatakan semua perkara yang ingin dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang ada hubung kaitnya dengan Islam termasuk peruntukkan perbelanjaan untuk Islam dan sebagainya hendaklah mendapat persetujuan DAp terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Inilah pendirian parti DAP yang aku disedari oleh pemimpin PAS tetapi mereka sengaja buat-buat tidak nampak.

Pemimpin PAS menyedari hakikat ini tetapi mereka dengan sengaja membiarkan perkara ini atas disebab kan tidak mahu adanya masalah di dalam hubungan Pakatan Rakyat. Jika ada pemimpin PAS yang cuba untuk menyedarkan para penyokong PAS yang daif dan jahil helah politik, pemimpin berkenaan dipinggirkan dan bakal diusir dari PAS. Menyedari perkara ini, terdetik di dalam hati aku satu perasaan bahawa pemimpin besar PAS mempunyai agenda tersembunyi dalam hubungan Pakatan ini. Mungkin juga  di dalam hati setiap pemimpin besar PAS ni ada tersimpan satu impian dan cita-cita ataupun lebih tepat lagi dinamakan tekad iaitu dalam cakap ajuknya aku boleh tuliskan begini " biarlah sekarang ini (DAP) bantah pasal hudud, apabila kita menang nanti tahulah macamana kita uruskan supaya hudud ini dapat dilaksanakan".

Itu pasal sekarang ini kita lihat para pemimpin PAS membiarkan dan akur bersetuju dengan semua perkara yang dibincang dalam Pakatan Rakyat termasuk dalam soal membuang perlaksanaan Hudud dalam agenda PAS kerana apa yang penting adalah kerjasana dengan DAP untuk merampas kuasa. Apabila kuasa sudah diperolehi, mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan perlaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya.

Sukar untuk aku mempercayai pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Haji Hadi dan lain-lain yang bergelar ulama di dalam PAS boleh begitu mudah untuk membuang atau melupakan kemerduan dan keasyikan lagu hudud dan qisas. Lagu ini yang telah didendangkan ke telinga mereka sejak kecil, lagu yang ini yang telah mereka dendangkan semenjak remaja hingga usia senja, lagu ini yang mereka dendangkan sejak zaman persekolahan sehingga hampir mengetuk pintu lahad, lagu ini yang telah memberikan mereka kuasa, lagu ini lagu keramat mereka. Bagaimana mungkin lagu hudud ini boleh dilupakan dengan begitu mudah.

Isu yang aku nak kemukakan di sini ialah berkenaan semangat jitu parti DAP untuk menentang setiap undang-undang ataupun peraturan-peraturan yang ingin dilaksanakan oleh negeri Pakatan Rakyat kecuali Kelantan yang dilihat berciri-ciri Islam  yang boleh memberikan imej Islam kepada pentadbiran negeri. Mereka bukan sahaja menentang dalam perkara besar seperti Hudud, bahkan mereka juga menentang dalam perkara kecil seperti isu pakaian sopan dan menutup aurat. Inilah yang berlaku di negeri Kedah. Untuk mengetahui lanjut baca berita di bawah.

DAP Kedah bantah iklan sopan

ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121015/po_04/DAP-Kedah-bantah-iklan-sopan#ixzz29K5oMFkE
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: