SAHABAT BLOG

23 October 2012

4 keping gambar yang bercerita

Akhir-akhir ini ceramah Pakatan Rakyat semakin tidak mendapat sambutan. 4 keping gambar di bawah boleh dijadikan panduan (bukan bukti) untuk menilai sejauh mana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Dalam isu lain berkaitan, secara peribadi aku melihat bahawa orang melayu di Pulau Pinang ramai yang sudah berjaya 'dibeli' oleh DAP. Pasal itu, aku mendapati bahawa ramai orang  Melayu di Pulau Pinang yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan pentadbiran DAP.

DAP cukup bijak dan licik. Mereka akan berusaha kuat untuk 'membeli' orang Melayu di Pulau Pinang walaupun terpaksa mengeluarkan modal yang cukup tinggi. Modal bukan sahaja melibatkan wang ringgit tetapi adakalanya mellibatkan agama dan budaya.

Aku tidak hairan jika ada pemimpin DAP yang bertandang ke masjid-masjid, menghadiri ceramah-cramah agama, menghadiri masjlis-majlis perkahwinan Melayu, mempraktik adat dan budaya melayu seperti bersongkok, makan menggunakan tangan, duduk dan sebagainya.

Dalam soal wang ringgit, kita akan lihat DAP banyak melaburkan wang ringgit untuk 'membeli' melayu. Peruntukkan untuk masjid-masjid, guru-guru agama, sekolah-sekolah agama dan sebagainya dilipatkan berganda-ganda.

Melihat kepada situasi ini, aku teringat kepada cerita yang disampaikan secara lisan oleh seorang  melayu warga Singapura kepada aku dalam 4 - 5 hari yang sudah. Beliau mengatakan bahawa Melayu Singapura sekarang ini telah 'dibeli' oleh PAP.  Oleh kerana sudah pun 'dibeli' tidak hairanlah sekarang ini ramai warga Melayu Singapura yang mati-mati mempertahankan pemerintah mereka. Namun demikian, cuba tanya kepada warga emas Singapura, adakah mereka selesa dengan keadaan ini.  

Bercerita lanjut lagi, penceramah tersebut menceritakan suatu ketika dahulu LKY begitu bijak dan licik menjalankan usaha untuk mengambil hati orang melayu. Beliau sanggup turun sama ke dalam majlis orang melayu, ke masjid, bersongkok dan sebagainya. Namun sekarang ini, menurut penceramah itu, orang Melayu dipinggirkan. Bangsa Cina akan mendahului segala sokongan bantuan samada pendidikan, pekerjaan, dan sebagainya. Penceramah itu cukup takut perkara yang sama bakal berlaku di Malaysia. Melayu ini katanya begitu begitu pemurah dan mudah dipergunakan termasuk mudah 'dibeli'.

Persoalannya, adakah orang melayu masih berasa selamat dan gagah hanya bersandarkan kepada ramainya bilangan berbanding bangsa lain. Adakah bilangan yang ramai ini mampu untuk bersaing dan mempertahankan kuasa sedangkan kita sebenarnya lemah dalam serba serbi.

Cuba kita renungkan, adakah bilangan 'raja' itu lebih ramai berbanding rakyat?



Gambar 1


Tarikh : 19 Oktober 2012.
Ceramah : Ceramah Umum di perkarangan rumah Hamzah bin Abd Samad, No. 1, Taman Desa Mawar 3/3, Sg Yu, Tanjung Karang, Anjuran Cabang PKR Tanjung Karang.

Penceramah :
1. Zuraidah " Mak Lampir" Kamuddin - Ketua Wanita PKR Pusat.
2. Abdullah Sani Hamzat - Timbalan Ketua AMK Selangor.
3. Yahya Sahri - Ketua PKR Cabang Tanjung Karang.
4. Judi bin Sarjo - YDP PAS Kawasan Tanjung Karang.

Gambar 2


Lokasi: Markas PAS Sungai Sayong
Tarikh: 21 Oktober
Tajuk: FGVH Menyebab Harga Sawit Merudum

Penceramah:
1. Mazlan Aliman
2. Cikgu Mala
3. Kol (B) Nazari Mokhtar

Gambar 3



Lokasi: Balai Islam, Lundang
Tarikh: 20 Oktober 2012
Tajuk: Masa depan Politik Umat Islam dalam Konteks Nasional: Realiti Cabaran dan Harapan

Penceramah:
1. Dr. Muslee Malik
2. Dr. Mujahid Yusop Rawa
3. Wan Ji Wan Hussin

Gambar 4


Lokasi: Ijok Selangor
Tarikh: Tidak diketahui
Tajuk: Tidak dinyatakan

Penceramah: Dipercayai Anwar

4 comments:

anwar said...

Hahaha!jahanam ar pakatan!

anwar said...

Hahaha!jahanam ar pakatan!

putrarahman said...

Satu Doa ke? Pastikan...

Pasrael said...

Jahanam pakatan insyaallah