MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,..belum terlewat lagi rasanya hendak melaungkan kemerdekaan. Pagi semalam aku tercongok di hadapan TV tengok perarakan sambutan Hari kemerdekaan di Dataran Merdeka. Petangnya pula aku pergi beraya di rumah kawan di Taman Saujana Impian, Kajang. Malamnya pula aku pergi ke Bukit Jalil untuk meraikan majlis perhimpunan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 55. Jadi tak ada masa aku nak kemaskini blog dan mengucapkan MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA. Tengahari ni baru ada masa nak buka blog. Itupun sekejap sahaja kerana selepas sembahyang zohor nanti, nak meraikan hari jadi anak sulong aku yang ke 13 tahun pulak.
Sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan tanahair yang ke 55 ini, aku ingin mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada usaha gigih tanpa kenal penat jemu para pemimpin UMNO, MCA, MIC dan seluruh rakyat yang hidup pada masa kemerdekaan itu dituntut kerana tanpa penat lelah dan usaha tanpa jemu mereka, mungkin usia kemerdekaan kita belum mencapai 55 tahun. Mungkin 10 tahun baru, mungkin 20 tahun ataupun mungkin belum merdeka.
Setelah 55 tahun kemerdekaan dikecapi, negara telah dibangunkan dengan begitu pesat sekali. Pelbagai kemudahan dan teknologi yang wujud di dalam dunia ini dibawa masuk pemimpin BN yang bertanggungjawab. Namun demikian, sebagai seorang berbangsa Melayu, dalam hati kecil aku, masih ada rasa terkilan kerana pembangunan yang dikecapi ini sedikit demi sedikit telah menghakis jati diri negara ini sebagai sebuah negara milik orang Melayu. Negara ini semakin hari semakin menjadi sebuah negara rojak yang tidak boleh dikenal identitinya. Dunia semakin tercari-cari apakah identiti sebenar negara ini. Adakah ianya sebuah negara Melayu, sebuah negara Cina, sebuah negara India, Sebuah negara Inggeris ataus ebuah negara yang tidak diketahui hendak dirujuk kepada bangsa apa. Semuanya ini gara-gara penggunaan bahasa melayu dikalangan rakyatnya semakin terhakis. Bahasa Melambangtkan Bangsa. Bangsa pula melambangkan negara. Apa akan jadi 55 tahun akan datang, adakah masih wujud bangsa melayu yang tulen yang akan menjadi pemimpin negara, atau adakah bangsa melayu yangb tulen hanya akan menghuni kampung-kampung yang terpencil dari arus kemajuan negara, yang bakal menghiasi dada-dada akhbar dengan berita penerima bantuan terbesar dan sebagainya.
Aku lihat sambutan hari kemerdekaan pada kali ini cuba dicemarkan oleh mereka yang langsung tidak terlibat dengan perjuangan kemerdekaan tanahair suatu ketika dahulu. Dimana pemimpin-pemimpin DAP, PAS, PKR semasa proses tuntutan kemerdekaan suatu ketika dahulu? Apa yang dimainkan oleh mereka pada waktu itu? Jadi jika tidak ada jasa kepada kemerdekaan tanahair, maka janganlah pula bertindak mensabotaj kerja dan usaha orang lain. Apa kejadahnya negeri-negeri Kelantan, Penang, Selangor, Kedah mengadakan sambutan kemerdekaan secara berasingan, dengan tema yang berasingan. Apa ke bangang sangat pemimpin negeri-negeri yang aku sebutkan di atas meminggirkan Sultan mereka untuk hadir majlis sambutan kemerdekaan, mereka. Rakyat yang menyokong pun turut sama bangang macam pemimpin mereka. Aku melihat perkara ini sebagai satu titik tolak kepada pendurhakaan yang lebih besar bakal dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ini jika terus diberikan kuasa. Semua kebangangan ini berpunca daripada DAP dan PKR. PAS yang 16 tahun menerajui Kelantan tidaklah bertindak bangang dan bodoh seperti ini. Namun apabila mereka berkawan dengan Setan-Setan ini, maka mereka pun mula berperangai seperti setan-setan ini.
Semalam aku menghadirkan diri ke Bukit Jalil. Memang benar aku di arahkan oleh majikan aku untuk hadir, tetapi kalau tak diarahkan untuk hadir, mungkin aku akan terlepas peluang untuk menyaksikan satu pesta yang cukup meriah. Suatu keramaian yang jarang-jarang aku lihat bilamana, seluruh kawasan satdium samada di luar ataupun di dalam stadium penuh dengan manusia. Terima kasih kepada majikan aku kerana mewajibkan aku untuk hadir. Anggaran kehadiran 150,000 yang diberikan oleh para wartawan aku rasakan mereka mungkin silap kira. Aku anggarkan kehadiran rakyat dari berbilang bangsa termasuk para penyokong semua parti politik samada PAS, DAP, PKR dan lain-lainnya adalah seramai 150,002 orang semuanya. 2 orang tu adalah aku dengan kawan aku kerana semasa wartawan mengira jumlah kehadiran penonton, aku dengan kawan aku masuk ke dalam tandas. Maknanya cukup ramai. Kecil, besar, tua muda, semua hadir. Tiket cabutan bertuah memenuhi tong-tong yang disediakan. Aku tak tahu siapa yang bertuah kerana tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu sehingga jam 11.00 malam, masih belum diumumkan. Last-last aku dah tak sanggup tunggu lagi, maka aku pun pulang. Penonton pun aku tengok dah mula berkurang. Kemuncak penonton teramai aku boleh lihat semasa PM Najib memberika ucapan. Rata-rata penonton memberikan respond positif kepada ucapan PM. Di samping itu juga, aku dapati respond positif penonton juga diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol, Pandalela Rinong dan Yuna. Bergema seluruh stadium apabila nama-nama ahli sukan berkenaan diumumkan sebagai penerima ikon sukan. Maknanya golongan muda mendominasi stadium pada malam tersebut. Namun demikian, sayang kerana masih ramai yang tak layak mengundi kerana di bawah umur. Sambutan yang luar biasa rakyat ini pastinya akan menimbulkan kemarahan pemimpin Pakatan Rakyat kepada rakyat kerana mereka hadir ke Bukit Jalil. PR hanya akan tersenyum keriangan jika sekiranya sambutan hambar dan tidak meriah.
Aku berdoa semoga negaraku yang tercita ini, negara tanah tumpahnya daraku ini terus aman dan makmur dibawah kepimpinan yang terus mempertahankan prinsip, Kepercayaan kepada Allah, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Keistimewaan Hak Melayu terus dikekalkan. Mana-mana pemimpin yang cuba untuk mensabotaj 5 prinsip tersebut akan aku tentang habis-habisan. Semoga 30 tahun yang akan datang anak suluong aku masih boleh menulis dengan cerita yang sama sepertiman aku tulis pada hari ini.
1 comment:
[p]Discover developing imitation wrist watches nevertheless, [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]cheap ralph lauren polo shirts
[/url] take a look and then private these folks at this point just as were unable hence cheap actually . Still today, many stars can be seen wearing a bohemian version of the granddad shirt, with bright colors . Denim: Dark wash denim should be a staple of every man's [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet uk[/url] wardrobe . planning on fashion your [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]polo ralph lauren outlet[/url] video game could endure . And also [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet[/url] like Beyonce, today's Elsie attaches no shame to a weave . Tv set is [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]polo ralph lauren uk[/url] actually remarkable . You can wear such necklace with any type of clothing and at any party . This means that this fabric can easily run throughout earth, debris, and also waste . They offer both supreme comfort and unparalleled [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]cheap ralph lauren polo[/url] elegance.[/p]
Post a Comment