SAHABAT BLOG

30 August 2012

Abby Kena Cari Guru Yang Muktabar...

Cerita ini berkenaan '"Inspektor Aleeza" atau  Abby vs Dr. Asri bekas mufti Perlis. Dari cerita di bawah ini, sebenarnya kita sudah boleh membuat kesimpulan kenapa persoalan Hudud ini masih tergantung sehingga kini.



Ceritanya bermula melalui tweet Dr.MAZA di bawah. Kenyataan Dr. MAZA ni aku dapati selari dengan sebab dan alasan yang digunakan oleh Tun Mahathir apabila menolak Hudud kerajaan kelantan. Maknanya tidak benar jika ada yang mengatakan Tun Mahathir menolak Hukum Hudud kerana beliau dengas tegas menyatakan bahawa beliau tidak menolak sama sekali hukum Allah itu tetapi menolak hukum hudud yang dirancang oleh Kerajaan Kelantan kerana dilihat tidak selari dengan hukum Hudud Allah. Tun Mahathir pun mendapat nasihat daripada pakar terlebih dahulu sebelum menolak dan berpendapat Hudud kerajaan Kelantan tu bukanlah hudud yang dituntut oleh Allah S.W.T. Namun demikian aku heran juga kerana Kerajaan kelantan katanya telah mendapat pandagan dan nasihat pakar-pakar dalam agama untuk produce hudud tersebut. Pasal itu aku fikir untuk melaksanakan hudud perlukan proses penyediaan draf yang disemak oleh pakar-pakar terlebih dahulu supaya ianya selari dengan hudud yang sebenarnya. Jangan jadi macam sesetengah negara yang kononnya melaksanakan hudud, tetapi tidak ada keadilan bahkan kelihatan zalim. Penzina yang sepatutnya direjam telah ditembak.

Kemudian tweet Dr. MAZA tu dibalas oleh Ustazah Politik  iaitu Abby. Yang tak eloknya dari tweet Abby ni ialah dia seolah-olah menyindir Dr. MAZA pulak. Komen Abby ni aku tak heran, kerana setelah berhijrah dari dunia lakonan ke dunia nyata, beliau banyak berguru dengan ustaz PAS. Jadi apa yang dilontarkan oleh Abby itu sebenarnya menterjemahkan pemahaman dan ilmu yang dimiliki oleh para Gurunya.

Apabila di sindir begitu, Dr. Asri pun memberi nasihat kepada Abby. Aku setuju dengan Nasihat yang diberikan oleh Dr. MAZA kerana untuk menyebarkan fahaman atau ajaran kepada ramai manusia yang masih jahil, kita perlukan ilmu dahulu supaya ilmu yang diajarkan itu tidak menyebabkan manusia menjadi sesat. Bukan pahala yang kita dapat, tetapi laknat Allah yang kita bakal perolehi selama manusia mengamalkan ilmu sesat kita tu.



Sekarang ni, aku menunggu apa pula yang akan ditweet oleh Abby.

No comments: