Panggilan Haji,
Telah Tiba Lagi
Menunaikan Ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkah Tu Mukaramah
Makkah dan Madinah bagi musim haji 1433 Hijrah telah kembali meenerima para tetamu Allah. Jemaah haji dari seluruh dunia mula berpusu-pusu mengunjungi Makkah dan Madinah. Jemaah Haji Malaysia yang berjumlah 28, 000 orang telah mula berangkat ke Tanah Suci bermula semalam. Pihak kerajaan masih terus berharap agar Kerajaan Arab Saudi boleh menambah kuota sebanyak 10 ribu lagi kepada jemaah haji Malaysia. Kalau lulus, bermakna Jemaah haji Malaysia berjumlah 38,000 orang.

Aku berkata demikian, kerana orang dari pengalaman, ramai para jemaah yang kurang merebut peluang untuk melaksanakan amalan-amalan yang boleh memberikan pulangan dan ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah seperti mengerjakan sembahyang wajib setiap waktu di Masjidil Haram dan masjid Nabawi. Masih ramai jemaah yang sengaja memilih untuk sembahyang di maktab masing-masing dengan alasan penat, panas dan sebagainya. Berbeza dengan jemaah dari negara lain, mereka berlumba-lumba untuk ke masjid setiap kali masuk waktu sembahyang Di samping itu juga, aku mendapati ramai jemaah yang merungut-rungut dengan segala cobaan dan kesulitan yang mereka hadapi. Ramai yang merungut dengan perangai Jemaah Haji dari negara lain, ramai yang merungut dengan tingkah laku petugas haji, ramai yang merungut dengan pihak Tabung Haji dan sebagainya. Jika hendak dibandingkan perkhidmatan yang jemaah kita terima, jauh lebih baik berbanding jemaah negara lain. Ramai yang tidak bersyukur dan mereka tidak sabar dan asyik merungut, bagaimana Allah hendak mengurniakan Haji Mabrur kepada mereka.
Selain dari itu, aku percaya ramai di kalangan jemaah kita yang belum cukup mantap Ilmu Haji mereka terutama di kalangan jemaah haji yang berumur. Pada masa inilah amat penting bagi mereka untuk memilih sahabat ataupun rakan yang boleh diharapkan sebagai pembimbing mereka. Pihak Tabung Haji ada menyediakan pembimbing-pembimbing ibadat haji yang boleh dirujuk oleh para jemaah jika menghadapi kesulitan dalam bab haji. Apa yang paling penting adalah untuk memastikan segala rukun-rukun haji hendaklah dilaksanakan dan dalam masa yang sama juga perkara-perkara wajib haji hendaklah difahami dan dikerjakan dengan sebaik mungkin. Rukun haji yang paling penting untuk dijaga dan dilakukan dengan sebaik mungkin ialah tawaf haji kerana tawaf ini mempunyai syarat-syarat tertentu untuk dilaksanakan.
767 jemaah haji pertama ke tanah suci

ABDUL Mutalib Datuk Seri Muhamed Razak (dua kanan) dan isteri, Radziah M. Daud (kanan) bersalaman dan meraikan keberangkatan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang menaiki penerbangan Saudi Airlines dari KLIA, semalam.
Penerbangan pukul 1 tengah hari dengan menggunakan pesawat MH8000 membawa 447 jemaah itu mengambil masa kira-kira enam jam sebelum tiba di Madinah.
Ketua Bahagian Haji dan Carter MAS, Hisham Haron berkata, pada tahun ini, sebanyak 33 penerbangan akan beroperasi dengan menggunakan pesawat tersebut iaitu masing-masing melalui enam serta dua lapangan terbang di Malaysia dan Arab Saudi.
...
No comments:
Post a Comment