SAHABAT BLOG

20 September 2012

Kemelut Berakhir Terengganu Bersih

Kemelut Pasukan Bolasepak Tranung nampaknya sudah sampai ke penghujung. Mereka yang dikaitkan dengan kemelut tersebut telah menerima hukuman masing-masing. Sebagai peminat aku sebenarnya sedih kerana sebagai sebuah pasukan yang digeruni, akhirnya menjadi pasukan belasahan. Dalam masa yang sama, aku juga kesian kepada mereka yang menerima hukuman.

Sabrinee menerima hukuman kerana sikap panas baran beliau. Aku dari awal lagi tidak percaya beliau mengatur perlawanan kerana memang menjadi sifat semulajadi beliau untuk melepaskan gol-gol mudah. Bukan sekali beliau melepaskan gol mudah dan yang paling diingati oleh aku ialah semasa perlawanan Akhir Piala Malaysia menentang N9 tahun lepas. Aku yakin jika Sarbinee dapat mengatasi kelemahan beliau itu, beliau sebenarnya lebih hebat dari Apek da Farizal Marlias.

Buttler pula aku perhatikan seorang jurulatih yang tidak cool. Beliau kelihatan begitu bersemangat semasa di tepi padang. Menjerit-jerit kepada pemain menjadi rutin beliau. Orang putih cakap Expectations atau jangkaan beliau terlalu tinggi. Sepatutnya jika pemain bermain mengikut sebagaimana yang beliau kehendakib dan rencanakan, beliau hendaklah cool dan menerima apa jua keputusan perlawanan. Jika beliau masih mahu menjadi jurulatih Tranung, aku nasihatkan beliau (ha ha ha, macam hebat sangat aku ni) supaya mengimbangi antara keupayaan pasukan dengan jangkaan dan yang paling penting menghargai pemain dengan syarat pemain turut sama menghargai jurulatih dan mengikut perancangan yang diatur oleh jurulatih bagi setiap perlawanan.

Muslim pula pemain pertahanan yang cukup kental tetapi kurang aku perhatikan tidak cukup latihan untuk menguatkan stamina terutama latihan untuk lari laju lagi. Pemain pertahanan kena lari laju supaya boleh kejar pemain penyerang lawan. Kalau lembek macamana nak jadi pertahanan. Kena  keras sikit. Bab disiplin tu, kenalah ikut kerana sebagai pemain profesional, kena ikut jadual dan arahan yang ditetapkan oleh pengurusan. Mulanya aku ragu-ragu juga bila Buttler kata dorang bawa balik pompuan ke bilik. Maklumkan zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Tapi syukur kerana perkara ini tidak terjadi.

Ismail Faruqi pula, pemain yang kreatif di tengah padang. Tapi kena banyak latihan lagi terutama hantaran yang tepat kepada rakan. Sebagai pemain perancang serangan, hantaran kepada pemain penyerang cukup penting. Kalau dia giatkan lagi Latihan dan jagan disiplin, tak ada halangan untuk dia kembali menyerlah di peringkat kebangsaan.

Berita terbaru, 10 pemain Tranung termasuk Sabrinee dan Muslim akan meninggalkan pasukan. 10 pemain utama meninggalkan pasukan bukan satu berita yang mengembirakan bagi peminat. 10 pemain utama meninggalkan pasukan seolah-olah memusnahkan pasukan dan kena bentuk dari 0 semula. Ini merupakan cabaran baru kepada jurulatih dan peminat pun tak boleh meletak harapan yang terlalu tinggi sangat kepada pasukan.

Berita terbaru juga, Che Mat Jusoh akan meninggalkan pasukan dan melepaskan jawatan pengurus pasukan kepada Marzuki Sulong. Sape Marzuki Sulong ni ye? Tak pernah aku dengar pun dia ni bermain bolasepak sebelum ni. Tahu ke dia ni pasal bolasepak, entah-entah orang politik jugak kot. Aku cadangkan supaya jurulatih diberikuasa penuh untuk membentuk dan merancang pasukan, manakala pengurus dan geng-geng dia yang tak tahu menahu pasal bola tu hanya terlibat pasal pengurusan pasukan sahaja. Tak usah campur tangan pasal pemain, strategi pasukan atau sebagainya. 

Stakat ni jelah aku nak merapu pasal pasukan bolasepak Tranung.  

1 comment:

Alhamdulillah said...

Blo PUTRARAHMAN telah dilinkkan ke blog Sungai Rapat Online