SAHABAT BLOG

21 September 2012

Pemimpin DAP Bertopengkan Islam dan Budaya Melayu

Pemimpin DAP ni ramai yang sombong-sombong. Mereka anggap bahawa mereka lebih pandai memimpin berbanding orang Melayu. Mereka anggap jika mereka memimpin, Malaysia akan menjadi lebih maju. Mereka anggap pemimpin melayu low class. Tak pandai memimpin, suka rasuah, mementingkan kroni dan sebagainya. Namun pada masa yang sama mereka sedar, mereka tidak boleh menjadi pemimpin tanpa bantuan orang Melayu Islam. Oleh itu mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan undi orang melayu kerana mereka sedar tanpa undi orang melayu, mereka tidak ada harapan langsung untuk menjadi pemimpin kecuali di Pulau Pinang.

Apabila dah mendapat kuasa, perkara pertama yang mereka akan lakukan menghapuskan hak istimewa orang melayu, kerana mereka anggap inilah yang menjadi penghalang utama kenapa Malaysia masih belum maju. Perkara ke dua ialah melemahkan penguasaan Islam dalam pentadbiran negara kerana mereka anggap Islam begitu banyak halangan untuk kemajuan termasuk isu halal haram, arak, judi, perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. 

Mereka kata semua kaum akan dilayan sama rata. Siapa yang pandai merebut peluang, maka merekalah yang akan mendapat habuan. Hakikatnya mereka akan pastikan bangsa mereka akan menjaguhi di dalam semua bidang. Mereka akan melahirkan seberapa ramai para jutawan bangsa mereka. Para Jutawan dan hartawan ini akan dipastikan akan bantu bangsa mereka yang masih kurang berdaya saing agar menjadi kuat dan tidak lemah dalam semua bidang.

Ramai orang melayu mungkin tidak percaya dengan apa yang aku cakapkan ini. Itu pasal mereka menyokong membabi buta pasal mata dan fikiran mereka telah dikaburi oleh topeng-topeng yang dipakai oleh pemimpin DAP. Mereka bertopengkan Al Quran, Hadis, Budaya Islam, Sejarah Islam dan sebagainya untuk mengaburi orang Melayu Islam.

Ada 2 golongan orang Islam yang akan tertipu. Pertama adalah mereka orang PAS dan kedua ialah orang PKR. Orang PAS ni lurus bendul dan terlalu baik hati, yang tiada perasaan buruk sangka dalam diri mereka. Golongan ini biasanya para zuhud. Orang PKR ialah mereka yang mempunyai iltizam dan matlamat politim yang sama iaitu untuk merampas kuasa.

Mereka yang terselamat adalah Melayu Islam yang tahu sejarah, melayu Islam yang sayangkan bangsa dan agama mereka, melayu Islam yang sentiasa berhati-hati dengan musuh Islam. Golongan inilah yang bermati-matian berjuang untuk membuka topeng DAP supaya PAS dan PKR dapat melihat wajah sebenar DAP.

Artikel di bawah adalah sumber ilham untuk penulisan artikel di atas. 

Beberapa lagi tweet oleh Ngeh yang harus diteliti

Blogger Cucu Tok Selampit melaporkan belum reda isu tweet James Ngeh Koo Ham, sepupunya David Nga Kor Ming pula sesedap mulut mengucapkan Al-Fatihah.

Golongan Muslim pasti ragu-ragu sama ada ummul kitab itu benar-benar sudah dihayati Ahli Parlimen DAP Taiping merangkap Adun Pantai Remis tersebut. Pada pendapat CTS, pasangan Nga dan Ngeh “sememangnya suka mempersendakan Islam”.

Amalan tutup aurat bagi Teo Nie Ching adalah mengikut musim
CTS mempersoalkan apakah tujuan sebenar Nga Kor Ming adalah untuk mengambil hati orang PAS umpama pernah beliau membaca potongan ayat Al-Quran di dalam ceramah-ceramahnya.

Namun dalam insiden yang lepas itu, terpaksa juga Nga meminta maaf sepertimana yang dibuat Ngeh hari ini atas tweet kontroversinya.

Nga telah memberitahu umum bahawa dia faham betul ayat Al-Quran serta mendakwa ianya orang lain (baca: ahli Umno) yang sesat ajaran. Akan tetapi Surah Al-Nahl ayat 90 disalah cakapnya sebagai ‘Surah Aura’ yang tidak ada dalam Al-Quran.

Bukan sekali sahaja tetapi kesilapannya diulang-ulang.
Politikus evangelis DAP gemar menyebut ayat suci dengan tidak semena-mena, macam lah kitab konon hanya sebuah Book of Quotations mengandungi rangkap-rangkap cantik yang boleh dipetik buat perhiasan.

Walhal Muslim yang pandai mengaji pun tidak akan mengucap ayat dengan sembrono sewaktu di khalayak ramai demi menunjuk-nunjuk.

Hannah Yeoh berangan-angan buka butik jual tudung

Tudung sebagai aksesori fesyen

Kawan-kawan dan kenalan Melayu saya mengenakan tudung sebagai tuntutan ibadah.
Bagi Selendang Squad DAP, tudung adalah perkara yang diambil ringan dan sekadar sehelai kain yang boleh dipakai dan dibuang sembarangan. Matlamat meraih undi Melayu menghalalkan cara berketerampilan.

Pada hakikatnya evangelista DAP sedang menduga lautan dengan kail agama mereka. Menganggapnya tidak rugi untuk mencuba nasib, tengok-tengok ikan (undi) mana yang dapat dipancing.

Nampaknya hanya anak haruan PAS, seperti seorang khatib itu yang berdoa untuk Kim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, yang termakan umpan.

Khatib malang itu seolah-olah mempercayai bahawa ketua menteri tersebut sudah diberikan hidayah dan bakal memeluk Islam. Maklumlah Guan Eng beriya-iya mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz serta ungkapan ‘amar makruf nahi mungkar’ tidak lekang dari bibirnya pada suatu ketika dahulu.

Hanya Melayu PAS terpedaya

Ngeh Koo Ham telah menarik balik tweetnya yang mencetuskan kontroversi yang berbunyi: “Are muslims wasting too much time & energy on this?”

Sebenarnya tiada apa-apa yang pelik apabila pengerusi DAP Perak itu meremehkan protes terhadap filem hina Nabi Muhammad.

Blogger Minda Hijrah yakin “apa yang dinyatakan oleh Ngeh di Twitternya adalah konsisten dengan pendirian partinya. ‘Kesilapan’ Ngeh, hanyalah kerana menyatakannya kepada umum sedangkan DAP bersusah payah menafikannya”.

Untuk memikat Melayu, para evangelista DAP tidak keberatan bermuka-muka dengan pelbagai helah, contohnya Ng Wei Aik (setpol Kim Guan Eng) yang menggelar Najib Razak seorang “hipokrit” yang kurang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin. Dibayangkannya DAP yang paling sayang orang Palestin.
Hanya evangelista DAP sahaja musang berbulu burung merpati, tidak serik-serik untuk menipu.

DAP 2.0 menganggap orang lain “low class”

Luahan Ngeh secara tidak sedar mewakili suara hati evangelis DAP apakala topeng mereka tertanggal.
Komennya tidak menyentuh Islam secara langsung tetapi sebaliknya dia memandang rendah kaum Muslim (orang Melayu).

Evangelista DAP adalah sebahagian daripada gejala pertembungan tamadun di mana Ngeh menggelar Umno sebagai “evil” mirip kepada George W. Bush menamakan Iran, Iraq dan Korea Utara “axis of evil”, dan presiden kobai AS Ronald Reagan berkata negara Soviet ialah sebuah “evil empire”.
Evangelista DAP bukannya bersifat keTimuran tetapi amat condong kepada Barat. Sungguh menonjol perkataan “evil” dalam perbendaharaan kata kelompok Kristian.
Screenshot tweet terbaru oleh Ngeh (bawah) juga mengata lawan-lawan Umnonya bersifat “so low standard”.

Ngeh pengerusi DAP Perak itu terkenal dengan evangelisme Kristiannya. Sikap suka menghina adalah darah daging saf kepimpinan evangelis yang kini rata-rata menguasai DAP 2.0.
Sesetengah politikus dan penyokong Kristian DAP memang sering menganggap orang lain sebagai terlalu “low class”.
Screenshot (bawah): Tweet oleh Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook, oleh juru strategi DAP Ong Kiang Ming mengatakan @chuaty (anak Chua Soi Lek) “tiada kelas”, oleh Mr Hannah Yeoh aka Ram @ ramachandran_m dan isterinya, dan sebuah retweet oleh Nga Kor Ming.








Sumber: http://helenang.wordpress.com

1 comment:

Anonymous said...

[p]Discover developing imitation wrist watches nevertheless, [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]cheap ralph lauren polo shirts
[/url] take a look and then private these folks at this point just as were unable hence cheap actually . Still today, many stars can be seen wearing a bohemian version of the granddad shirt, with bright colors . Denim: Dark wash denim should be a staple of every man's [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet uk[/url] wardrobe . planning on fashion your [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]polo ralph lauren outlet[/url] video game could endure . And also [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet[/url] like Beyonce, today's Elsie attaches no shame to a weave . Tv set is [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]polo ralph lauren uk[/url] actually remarkable . You can wear such necklace with any type of clothing and at any party . This means that this fabric can easily run throughout earth, debris, and also waste . They offer both supreme comfort and unparalleled [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]cheap ralph lauren polo[/url] elegance.[/p]