COKAM: Minta maaf, beri laluan , Alor Mengkudu tu di mana ye? . Nak kata ilmu Alam aku lemah, tak juge. Ye lah, Alor Mengkudu ni taklah famous sangat pada zaman dahulu kala, tetapi sejak akhir-akhir ni semakin famous pulak. Nak jugak aku tahu, Alor Mengkudu tu terletak di negeri mana?. Manalah tahu, kot-kot berkebetulan aku menjelajah ke negeri berkenaan, nak juga aku melawat tempat-tempat menarik pada waktu malamnya kerana dengar ceritanya sejak akhir-akhir ni, waktu malam di Alor Mengkudu cukup meriah. Orang yang cakap, aku tak tahu meriah pasal apa.
Gambar kat bawah ni harap-harap tidak ada kaitannya dengan Alor Mengkudu kerana gambar di bawah ni hanya boleh di dapati di negeri yang pemimpinnya orang bukan Islam macam di Penang. Tapi tak boleh cakap jugak kerana sekarang ni, pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam pun sanggup ikut telunjuk bukan Islam kerana nakkan KUASA.
Ye.. kuasa. Kerana kuasa manusia sanggup gadaikan apa sahaja, kerana kuasa manusia sanggup bergolok bergadai, kerana kuasa manusia sanggup berkawan dengan Syaitan. Semuanya kerana kuasa. Kononnya dengan kuasa yang mereka ada mereka boleh perbaiki segalanya. Kononnya dengan kuasa mereka boleh selesaikan semua masalah. Mengarut. Sebenarnya mereka mahukan kuasa kerana mereka gila kuasa. Mereka mahukan kuasa kerana mereka ego, sombong dan tidak memperakui kehebatan dan kebolehan orang lain. Kononnya mereka lebih hebat jika berkuasa. Kononnya mereka lebih cerdik jika berkuasa. Kononnya mereka lebih bijak jika berkuasa. Hakikatnya mereka lebih berkuasa jika ada kuasa. Mereka lebih besar kepala bila berkuasa. Orang lain semua tidak betul. Mereka sahaja yang betul. Mereka sahaja yang dipercayai. Mereka sahaja yang hebat.
Oleh itu, jangan gila kuasa kerana jika berkuasa diri boleh jadi gila jika tak pandai mgurus dan mentadbir kuasa. Kuasa itu umpama Kapal perang yang patah kemudi jika tidak diuruskan dan ditadbirkan secara yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Dia akan menghentam apa sahaja yang berada di laluannya.
No comments:
Post a Comment