SAHABAT BLOG

11 July 2012

Pemimpin Hulu Tranung Lebih Selesa Menjadi "Jaguh Kampung".

COKAM: Hulu Tranung. Jarang benar aku dengar cerita ataupun berita berkenaan Hulu Tranung dalam Utusan Malaysia. Jadi kalau ada berita yang ditulis berkenaan Hulu Tranung ataupun kenyataan pemimpin Hulu Tranung, aku akan cuba untuk muat naik dalam blog aku ini sebagai tanda sokongan aku kepada pemimpin Hulu Tranung.

Aku tertanya-tanya, kenapa pemimpin Hulu Tranung ni kurang menonjol di dalam arus politik tanahair. Kalau nak dikatakan pemimpin  Hulu Tranung 'koman-koman' rasanya kurang tepat kerana pemimpin Hulu Tranung pun hebat-hebat juga.

Profile PictureSatu kerugian juga rasanya kepada  rakyat Hulu Tranung bila mana pemimpin mereka tidak bijak untuk menonjol diri diperingkat kebangsaan. Adakah pemimpin Hulu Tranung lebih selesa menjadi "jaguh kampung".

Apabila kurang menonjol diperingkat kebangsaan, maka jawatan-jawatan utama dalam kabinet tidak diberikan kepada pemimpin Hulu Tranung. Jawatan terkakhir yang dikurniakan kepada pemimpin Hulu Tranung ialah Jawatan Timb. Menteri Kewangan II iaitu Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang pada tahun 2004 dahulu. Selepas itu tidak ada lagi jawatan utama diberikan kepada mereka.

PTPTN & BERSIH 3.0Aku cuba juga mencari-cari blog-blog para pemimpin Hulu Tranung. Kecuali Blog YB Dato' Rosol dan Blog YB Rozi Mamat, aku tidak jumpa blog lain. Blog mereka pun jarang update. Dalam tenang jangan disangka Hulu Tranung tiada kocakan politiknya. Kedua-dua nama ini dengar ceritanya tidak akan dicalonkan dalam PRU 13 nanti.

Di bawah ini adalah satu berita di dalam Utusan Malaysia yang memetik kenyataan pemimpin Hulu Tranung.

Anwar cuba tegakkan 'benang basah'

Tengku Putera Tengku Awang
KUALA TERENGGANU 10 Julai - Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik daripada di Kedah dan Terengganu.

Menurut beliau, kenyataan Anwar itu umpama menegakkan 'benang yang basah' dan ia dibuat semata-mata untuk mengambil hati pemimpin DAP di negeri tersebut.

Katanya, memang sangat tidak adil untuk membandingkan nasib orang Melayu yang berada di bawah pimpinan parti itu dengan di Terengganu yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Di Terengganu umpamanya, kita (orang Melayu) merencana, mengurus dan membuat keputusan sendiri. Tapi, bolehkah orang Melayu di sana (Pulau Pinang) buat macam apa yang kita buat sekarang ini?
...

No comments: