SAHABAT BLOG

28 July 2012

"Janji Ditepati" - Tema Yang Berlandaskan Syarak

"Janji Ditepati". Inilah tema hari kemerdekaan kali ke 55 pada tahun ini. Janji ditepati sebenarnya suatu konsep atau tema yang bertepatan dengan syarak. Lim Kit ASiang memanglah tak tahu kerana dia tu kapir .  Masalahnya kenapa pemimpin PAS tak nampak  ciri-ciri Islam yang ada di dalam tema hari kebangsaan pada kali ini. Inilah akibatnya apabila terlalu rapat sangat dengan sekutu yang bukan Islam.

Kalau Lim Kit Siang nak tahu dan pemimpin PAS mungkin dah tahu tetapi lupa, menepati janji adalah ajaran Islam. Ianya menduduki tempat yang tinggi bagi mengambarkan ciri-ciri Islam sejati. Menepati janji  boleh menghindarkan diri daripada menjadi orang munafik. Antara ciri-ciri orang munafik sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W. di dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim iaitu  "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika      berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

Maknanya tema hari kebangsaan pada kali ini bertepatan betul dengan kehendak syarak. 'Janji ditepati 'ini hendaklah dilihat dari perspektik umum sebagai  satu seruan kerajaan kepada rakyat sempena mengambil roh dan semangat hari kemerdekaan pada kali ini supaya apabila melafazkan janji hendaklah dipastikan janji-janji itu ditepati. Ini boleh menghindarkan diri dari digelar sebagai seorang munafik dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Seruan ini juga boleh menghalang rakyat jelata daripada melafazkan janji yang mustahil untuk ditepati tetapi sebagai satu sogokan semata-mata. Setipa janji yang diucapkan akan mengundang pengharapan orangrtamai. Oleh itu bagi mengelak digelar sebagai orang munafik, maka hendaklah berjanji sesuatu yang mampu untuk ditepati. Seruan ini bukan hanya dihayati oleh pemimpin dan penyokong Barisan Nasional sahaja, tetapi untuk seluruh rakyat jelata. 

Nampak tak bertapa tingginya nilai tema hari kebangsaan pada kali ini. Memanglah kalau dikaitkan dengan politik ianya akan nampak seperti kempen kerajaan Barisan Nasional. Namun demikian, kenapa nak lihat dari sudut politik. Jangan sempitkan pemikiran dan jangan tepukan otak dengan agenda politik 24 jam. 

No comments: