SAHABAT BLOG

03 June 2012

Tunggu PRU atau Tunggu Mati je baru tukar.....Ini tidak adil!!!!!

Gambar Pengundi yang tidak puashati dengan wakil rakyat mereka.

Apa yang  pengundi boleh lakukan jika sekiranya wakil rakyat yang mereka pilih tidak mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik? 

Adakah para pengundi terpaksa sahaja mempunyai wakil rakyat yang mempunyai akhlak yang buruk?

 Bolehkah pengundi membiarkan sahaja wakil rakyat mereka yang tidak mampu menjadi wakil mereka di dalam Dewan Undangan negeri atau Parlimen? 

Adakah pengundi kena tunggu 4 atau 5 tahun akan datang untuk ganti wakil rakyat mereka yang tidak mampu itu, yang haprak, yang dayus, yang bini kasi sama orang lain main, yang suka tikam belakang, yang bodoh lagi sombong, yang kaki kencing rakyat dan sebagainya? 

Aku sebenarnya tidak mengetahui apakah yang boleh dilakukan oleh para pengundi untuk menukar wakil rakyat masing-masing selain daripada pilihanraya. 

Aku fikir tidak adil bagi rakyat jika mempunyai wakil rakyat yang tidak berfungsi atau wakil rakyat yang mempunyai moral yang rendah dan wakil rakyat yang mempunyai akhlak yang rosak.

Sehubungan itu, aku bersetuju jika ada pengundi yang memperjuangkan supaya wakil rakyat mereka yang tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing digugurkan dan digantikan dengan wakil rakyat lain. Takkan nak tunggu wakil rakyat tersebut meletak jawatan ataupun mati baru hendak tukar. 

Tidak adillah kalau macam ni. Kita pilih wakil rakyat yang boleh menjadi wakil kepada rakyat di dalam dewan undangan negeri atau parlimen, tetapi kalau wakil rakyat yang dipilih itu tidak berfungsi macamana?

Aku lontarkan persoalan ini bagi menyokong tindakan beberapa penduduk di Bukit Antarabangsa yang mendesak ahli parlimen mereka menjawab beberapa isu moral yang melibatkan wakil rakyat mereka. Sebenarnya penduduk di kawasan tersebut patut merasa malu kerana mempunyai wakil rakyat yang terlibat dengan gejala seksual dan teruk akhlaknya.

Aku mencadangkan kepada mana-mana penduduk yang merasakan wakil rakyat masing-masing mempunyai akhlak yang rosak ataupun wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik supaya menjalankan undi tidak percaya kepada wakil rakyat masing-masing.

Keputusan undi tidak percaya itu hendaklah dikemukakan kepada Raja masing-masing dan juga Yang Dipertuan Agong untuk dilucutkan jawatan masing-masing. Buat malu orang kampyng sahaja kalau masih simpan wakil rakyat yang tidak mampu itu, yang haprak, yang dayus, yang bini kasi sama orang lain main, yang suka tikam belakang, yang bodoh lagi sombong, yang kaki kencing rakyat dan sebagainya? 

Apa yang penting, setiap pengundi atau penduduk mahukan wakil rakyat yang baik, bertanggungjawab dan mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang. Bukannya wakil rakyat yang rosak akhlak, tidak amanah, rasuah, sakit dan tidak mampu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, adil serta amanah. 

Wakil umpama Ketua Pegawai Eksekutif bagi sesuatu kawasan Undangan Negeri atau parlimen. Oleh itu mereka hendaklah seorang yang berakhlak tinggi, berpendidikan, cemerlang dalam melaksanakan tugas dan sebagainya. Bukannya seorang peliwat, perasuah, kaki tidur dan seumpama dengannya.


3 comments:

Anonymous said...

salam.....sering baca coretan tuan hamba...tajuk entry ini mmg kena pada tempat kelahiran tuan hamba (Kuala Berang)...."bilakan akan selesai pembinaan jalan menghala ke kaw kg tn hamba?rasanya dah nak masuk tiga kali puasa dah ni...bukan jauh sangat pn,dr depan pej agama(dl) sampai ke kepala jambatan kg buluh je....Jgn plk tajuk di atas terpalit kemuka sendiri plk.kalau diikutka sblm ni pn jln lama tuh x penah datangkan masalah apa pn pd pengguna atau "x der projek cri projek?"......TQVM

putrarahman said...

Terima kasih kerana sudi baca artikel saya.

Saya baru balik Kg minggu lepas, jalan tu dalam pembinaan dan saya jangka akan siap sebelum Ramadhan nanti.

Entah apalah perancangan dorang, mungkin sebagai perancangan awal untuk menyambut limpahan Lebuhraya Pantai Timur kot.

Pengguna ramai, mungkin tak ada masalah pada kita, tetapi ada masalah pada pengguna lain.

Bab tak de projek, reka projek tu kena tanya pihak MDHT.

Anonymous said...

tqvm atas respon tn....g mkn gulai belah sana mggu lps,ke kuala por ziarah saing rodong hak asal dusun gak...waser bnyak lg hak kner ubah sblm rakyat ubah tuh....jgn nampak kearah material@projek shj...bnyakkan tuk perkembangan rohani dan minda ank2 muda kita...

tq...roger n out...