SAHABAT BLOG

05 June 2012

Boss, aku EL hari...Kucing Aku Beranak Songsang..

EURO 2012 akan berlangsung sedikit masa lagi. Kepada kaki bola, kepala bola, lutut bola, hidung bola,   aku percaya ramai yang sudah tidak sabar hendak menonton perlawanan-perlawanan hebat pasukan pilihan masing-masing. Namun demikian kepada peminat Messi, Nymar, Drogba, minta maaflah kerana ini kejohanan bagi negara-negara Eropah sahaja. 

Kejohanan EURO seperti juga kejohanan piala Dunia yang berlangsung 4 tahun sekali. Ianya adalah kejohanan kedua yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak di negara kita ini. 

Namun demikian kepada mereka yang bekerja, yang baru nak kerja,  yang malas kerja, yang rajin kerja, yang dikerjain , sila rancang dengan betul jadual penontonan anda kerana kebanyakkan waktu siaran perlawanan  adalah antara jam 1.00 pagi hingga 2.45 pagi. Jangan pula disebabkan asyik tengok bola, maka terlewat pulak untuk pergi kerja. Kalau pergi kerja pun , mata merah kerana mengantuk. Aku percaya ada yang sengaja ambil cuti kecemasan ataupun cuti sakit kerana terlewat bangun tidur. 

Apa-apa pun pandai-pandailah korang rancang waktu menonton masing-masing.  Bagi yang ada majikan, kena ingat bahawa waktu kerja tu bukan milik kita, tetapi milik majikan. Jadi kenalah ikut waktu mereka. jangan pulak pandai-pandai jadikan waktu kerja tu seperti hak milik bersama atau hak milik sendiri. Bagi yang bekerja sendiri tak jadi masalah kerana waktu kerja mereka yang punya. Merekalah boss dan merekalah kuli. Bagi yang tak bekerja lagilah tak ada masalah kerana 24 jam sehari yang diberikan kepada mereka, dikawal sepenuhnya oleh diri mereka sendiri. 

Pasukan pilihan untuk menang kali ini aku pilih Perancis. "Perancis Boleh". 

Dengar apa nasihat Presiden MTUC  iaitu Khalid Atan seperti di bawah ni.

“Apabila tiba musim bola (EURO 2012), kita akan dengar pelbagai kerenah pekerja seperti keletihan, kurangnya produktiviti kerja dan kekerapan mengambil cuti.

“Sebab itu, pengurusan masa (rehat) amat penting bagi mengelak minat (menonton bola sepak) tidak akan menjejaskan mutu kerja. Mungkin apabila bola (perlawanan) mula awal pagi, mereka (pekerja) boleh ambil masa rehat atau tidur lebih awal,” -
Presiden MTUC

Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan pun ada memberikan kenyataan seperti berikut:


 "Berdasarkan pengalaman sebelum ini, majikan perlu bersedia berdepan dengan kadar ketidakhadiran tinggi ketika berlangsungnya acara seperti EURO 2012 dan sukan Olimpik sama ada pekerja mengambil cuti sakit atau tidak hadir.

“Jika ramai pekerja mengambil cuti (disebabkan EURO 2012), maka beban kerja tambahan mereka terpaksa diserahkan kepada pekerja lain,” 

Presiden CEUPACS Dato' Omar Osman tak kata apa-apa lagi. 

No comments: