SAHABAT BLOG

08 June 2012

Siapa cakap pelajar UNISEL teranaiya? Baca artikel ini...

.

 
COKAM: Kejutan besar dialami oleh kerajaan Selangor apabila PTPTN (arahan kerajaan pusat) membekukan pinjaman kepada para pelajar yang baru mendaftar di UNISEL . Tindakan PTPTN ini dilihat sebagai menghargai usaha dan matlamat kerajaan Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat Universiti.
 
Memandangkan kerajaan PKR begitu yakin dan percaya bahawa mereka boleh memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, maka kerajaan pusat telah membantu agar cita-cita dan impian mereka itu direalisasikan. Mula pengajian Julai 2012, aku percaya para pelajar yang berjaya masuk ke UNISEL akan mula mendapat pendidikan percuma daripada kerajaan negeri Selangor. Pihak UNISEL akan memansuhkan yuran pengajian kepada para pelajar. Ini dilihat sebagai cabaran awal kepada PKR untuk mengotakan janji-janji mereka kepada rakyat.
 
Jika yuran telah dimansuhkan dan pelajar belajar secara percuma, dimana isu pelajar UNISEL teranaiya? Bukan teranaiya tetapi satu rahmat kepada mereka. Sekarang ini ibu bapa tidak perlu risau lagi memikirkan bagaimana hendak cari duit, dan para pelajar pula tidak risau lagi untuk membayar pinjaman PTPTN apabila habis pelajar kelak.
 
Dengar ceritanya, MB Selangor terpaksa menggunakan aset tanah mereka untuk membiayai para pelajar tersebut. Isunya, nak biyai apa lagi, bukankah pelajar akan mendapat serba serbi percuma. Apa yang perlu dirisaukan sekarang ini adalah bagaimana hendak membiayai kos pentadbiran, gaji pensyarah, gaji kakitangan dan sebagainya. Sudah tentu kos pengurusan mencapai jutaan ringgit setahun. Inilah akibatnya apabila merancang menggunakan kepala lutut. Mereka merancang untuk berbelanja duit di dalam poket orang lain.
 
Baca berita di bawah ini,untuk mengetahui tindakan TS Khalid Ibrahim. Kalau beginilah tindakan mereka untuk mencari sumber kewangan kerajaan negeri. Jika inilah langkah mereka terutama apabila menghadapi situasi kelembapan ekonomi, maka tidak musatahil jika mereka dapat menerintah negara, banyak aset kerajaan seperti tanah-tanah kerajaan, bangunan-bangunan akan digadai ataupun dijual kepada pihak asing.  Apabila tanah dimiliki oleh pihak asing, sudah tentu mereka akan bangunkan tanah tersebut mengikut selera mereka. Jika mereka membina rumah, sudah tentu harga rumah akan ditetapkan mengikut selera mereka. Kerajaan PR terpaksa ikut sahaja. Jadi kemanakah anak cucu orang Melayu akan tinggal? Adakah mereka berebut-rebut tanah pusaka yang sekankang kera untuk membina rumah.  
 
TS Khalid Ibrahim guna aset hartanah untuk bantu pelajar Unisel

Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di university tersebut.

Sebagai tindakan jangka pendek, pihak UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM.Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar telah menjadi aset UNISEL.

Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN. Walaubagaimanapun bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.
 
UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar –pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat. 

Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Pengajian Tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.
 
Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka.

Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negeri ini

Berita ini dipetik dari sumber : http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2012/06/ts-khalid-ibrahim-guna-aset-hartanah.html


6 comments:

Anonymous said...

NAMA PON DAH JELAS....PARTI KELDAIAN RAKYAT....MEMANG KELDAI2 BELAKA PARA PEMIMIPINNYA...ESPESYELI ITU ROPIJI KELDAI YG BAGHAL BEROTAK LEMBU...KEHKEHKEHKEHKEH

Anonymous said...

Sikit-sikt jual.. sikit-sikit jual.. penyelesaian jenis apa yang ada dalam fikiran mereka-mereka ini???? jual saja la negeri Selangor tu... apa barang jual sikit sangat..

Eddie

putrarahman said...

Parti Keldaian Rakyat (rujuk Anon 9:17 am) kata, mereka tadbir negeri macam mentadbir sebuah syarikat. Untung sahaja yang difikirkan, rugi tak mahu.

Cari untung tak apa, tetapi kebajikan para pekerja yang menyumbang kepada keuntungan tu kenalah jaga. Ini tidak, kalau tak boleh terima cara mereka, silalah berhenti kerja.

Lihat di Penang, 18,000 penduduk dah keluar pasal tak suka kerajaan DAP. Jahat.

Bodoh punya pendekatan. Kalau nak fikir untung je, buatlah syarikat sendiri.

Anonymous said...

"perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat"

Kerjaan Pusat melalui PTPTN tidak pernah sama sekali mengubah dasar untuk membantu pelajar2 bagi membiayai pengajarannya di mana2 IPT. Yang mengubah dasarnya ialah PKR, iaitu dengan memberi pendidikan percuma kepada pelajarnya hingga ke IPT.

Anonymous said...

Aku cadangkan pada Khalid Ibrahim , coba mintak bantuan dengan " TUAN PENASIHAT" dia banyak duit dengan azmin dia boleh bagi berjuta juta ringgit ta kan dengan rakyat selangor dia ta boleh bantu , kalau perlu korek aja duit yang CIA bagi

Anonymous said...

hoi mana janji mahathir free education tahon 80 an dulu?