SAHABAT BLOG

09 June 2012

Menyanggah Nik Aziz. Kenapa?

Pagi Sabtu yang damai ini membuatkan aku terasa nak tidur lebih sikit. Namun tak dapat juga pasal isteri aku awal-awal lagi dah kejutkan aku untuk ambil anak aku di Hentian Putra kerana mereka baru samopai dari kampung maik bas Kenyir. Hajat di hati selepas ambil dorang, nak sambung tidur balik, tetapi minta maaf, langsung tak boleh nak lelapkan mata. Riuh damat. Biase le budak-budak.

Aku bukan nak cerita pasal  hajat nak tidur lama yang terbantut, tetapi aku nak tulis sikit pasal kenyataan Nik Aziz dua tiga perkara yang menarik perhatian aku. Di muka surat 4 Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz sifatkan Mufti perak tak reti politik.

Kata Nik Aziz " ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti".

Mungkin Nik Aziz lupa bahawa Haji Hadi selalu sebutkan bahawa agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Haji Hadi kata, adalah satu kesalahan apabila ada orang kata politik suku, agama suku. Jadi dari kenyataan ini jelaslah bahawa walaupun Mufti Perak tu orang agama tetapi beliau  tidak memisahkan dirinya dari politik dan tetapi beliau juga tahu perkembangan politik semasa tanahair. Cuma beliau mungkin tidak reti untuk main politik. Tahu politik dengan main politik adalah dua benda yang berbeza. Orang yang tahu politik lebih mulia dari orang yang main politik. kebanyakkan orang politik sekarang ini main politik tetapi tidak tahu politik. Okey, setakat tu je pasal perkara ni tetapi ada perkara lain yang Nik Aziz cakap yang aku tak berapa nak setuju.

Ini lagi hebat. Nik Aziz kata Nabi Muhammad S.A.W. berpindah dari Mekah ke Madinah kerana ingin mencari kuasa. Nik Aziz kata Nabi S.A.W. lari dari Mekah ke Madinah  tinggalkan rumahtangga dan anak di tengah malam buta disebabkan inginkan kerusi ataupun kuasa. Ye ke, macam ni?. Setahu aku Nabi Muhammad S.A.W. meninggalkan Mekah menuju ke Madinah bersama-sama Saidina Abu Bakar disebabkan baginda mendapat perintah dari Allah S.W.T. dan juga didorong untuk mengelak seksaan dan juga ancaman oleh orang Quraisy terhadap baginda yang melampau. Aku percaya dalam fikiran baginda pada masa itu langsung tidak ada niat untuk pergi ke Madinah untuk menjadi seorang yang berkuasa di Madinah dan merampas kuasa pemimpin sedia ada di Madinah. Tak baik menuduh baginda Rasul lari tengah malam buta ke Madinah kerana hendak mencari kuasa. Aku rasa macam satu penghinaan terhadap Baginda S.A.W. jika mengatakan sedemikian. 

Ada lagi kenyataan Nik Aziz yang aku tak berapa setuju. Nik Aziz mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang mengulas isu undi parti tertentu akan masuk syurga. Nik Aziz persoalkan bahawa pandangan ulama Arab Saudi itu dibuat kerana persekitaran negara Arab Saudi itu sendiri. 

Nik Aziz kata " jangan main-main dengan ulama Arab Saudi kerana kalau salah tanya akan makan diri. Arab Saudi ada undang-undang ikut islam bukan kebangsaan, dia pancung orang, kerat tangan ikut hukum, kalau kamu salah tanya ' wahai syeikh apa hukum oerang Melayu beragama Islam tolak Islam, takut dia jawab kapir pun boleh jadi". 

Kalau nak hukum kapir kepada orang yang tolak Islam seperti Guang Eng. Lim Kit Siang, Karpal Singh tu tak payah tanya ulama. Tanya aku pun aku boleh kata mereka kapir. Memanglah orang kapir sahaja yang tidak menerima Islam. Aku fikir Nik Aziz lagi terkejut jika ada yang tanya " wahai syeikh, apa hukumnya jika  sanggup ambil syaitan untuk dijadikan kawan bagi menumbangkan sebuah kerajaan yang diterajui oleh orang Islam dan syeikh itu jawab hukumnya syirik kepada Allah S.W.T. berdosa besar dan akan masuk neraka jika tidak bertaubat nasuha.

Aku sebenarnya tertarik dengan amaran Nik Aziz supaya jangan main-main dengan Ulama luar. Kenyataann ini aku fikir membawa maksud, pandangan ulama luar mungkin berbeza dengan pandangan ulama kita disebabkan persekitaran dan juga perundangan negara mereka. 

Jadi aku tujukan amaran Nik Aziz ini kepada para penyokong Anwar Ibrahim supaya jangan terlalu menjual atau menggunakan nama Dr. Yusof Al Qardawi untuk dijadikan hujah untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim. Mungkin ulama besar itu tidak mengetahui perkara sebenarnya yang berlaku di negara kita ini. 



3 comments:

dinturtle said...

cantiiiik......

Anonymous said...

Hmm jgn harap la nick a jizz nak dengar hujah ni.. Dia dah tak lupa diri tu..

Anonymous said...

Hmm.. "Apa hukumnya org Islam yg tolak Islam?", soalan yg menarik dari Nik Ajis. Jd kena paham apa makna Islam dan Islam yg mana org tsbt tolak, sekiranya benar mereka tolak.
Tanya lagi satu, apa hukumnya org Islam yg menghina dan merendahkan martabat Nabi s.a.w? Tkkn tadak ulamak2 PAS yg blh jawab. Klu tak blh jawab, tak payah la digelar ulama, malah gelaran ustaz pun tak layak.
Jadi saya yg bkn ustaz ni tlg jawabkan: Ini semua fitnah UMNO/Utusan. Betul tak juak2 PAS?
Buat Nik Ajis, bertaubat lah segera, umur pun dah sgt tua. Buanglah title Mursyidul Am yg memang tak kena. Usah la dikejar lagi dunia yg fana.