SAHABAT BLOG

21 June 2012

Inikah yang Umat Islam mahu jika Pakatan Rakyat Memerintah??? Nak tahu apadia, baca habis berita di bawah ni..

MAIPP didesak baharui surat tauliah peguam

2012/06/21

GEORGETOWN: Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) segera memperbaharui surat tauliah lebih 300 peguam syariah di negeri itu.

Ini kerana ketiadaan surat tauliah menyebabkan kes membabitkan hal ehwal syariah termasuk jenayah dan tuntutan hak penjagaan anak yang dikendalikan mana-mana peguam syariah di Pulau Pinang, boleh dipertikaikan.
PPMM turut menyuarakan kebimbangan ke atas sikap MAIPP melengahkan pengumuman individu yang dipertanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) institusi itu kerana ia sudah mendatangkan implikasi negatif terhadap sistem perundangan syariah negeri ini.
Perkara ini serius kerana membabitkan sistem perundangan syariah dan lebih teruk lagi, hakim syarie berhak mempertikaikan kehadiran peguam di mahkamah jika mereka tiada surat tauliah. - Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden PPMM
Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana mengundang banyak masalah kepada umat Islam.

“Perkara ini serius kerana membabitkan sistem perundangan syariah dan lebih teruk lagi, hakim syarie berhak mempertikaikan kehadiran peguam di mahkamah jika mereka tiada surat tauliah.

"Malah, saya sendiri belum menerima surat tauliah daripada MAIPP yang membolehkan saya menjalankan kerja guaman syariah di Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan seramai 300 peguam syariah di Pulau Pinang terpaksa menjalankan urusan guaman syariah tanpa tauliah MAIPP berikutan perebutan kuasa dalam institusi tertinggi agama Islam negeri ini.

Masalah itu yang berlanjutan sejak enam bulan lalu disebabkan kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan nama individu yang dipertanggungjawabkan sebagai YDP secara rasmi.
Difahamkan, EXCO Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim, yang diperkenan pelantikannya sebagai YDP MAIPP oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, enggan menandatanganinya kerana bimbang dianggap menerima pelantikan itu, sekali gus melanggar janji dengan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pasir pada 2009.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden, menyifatkan perkara berkenaan sebagai serius kerana membabitkan masalah umat Islam secara keseluruhannya di negeri ini.

Katanya, Kerajaan DAP Pulau Pinang wajar mengambil tindakan drastik bagi menyelesaikan masalah itu dan menggesa pimpinan kerajaan negeri mengenepikan agenda tersendiri serta mengutamakan kepentingan umat Islam.

“Perkara ini serius kerana ia sudah membabitkan kepentingan rakyat terutamanya umat Islam Pulau Pinang yang berhak mendapat keadilan di sisi Islam melalui perundangan syariah.

"Pemuda PAS minta kepimpinan parti (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP supaya jangan biarkan ia berlanjutan kerana MAIPP mempunyai peranan besar sebagai institusi utama Islam di Pulau Pinang," katanya.

No comments: