SAHABAT BLOG

20 May 2012

Nak Bermuzakarahlah, bukan Bergabung, itupun tak faham ke?..



"Kalau Umno nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Umno kena terima PAS sekali dengan Pakatan (Rakyat). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan Pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu hari ini.

Ini adalah kenyataan terbaru Nik Aziz berhubung muzakarah dengan UMNO. Kalau UMNO nak bersatu dengan PAS, maka UMNO kena ubah dasar dari keBANGSAan kepada Islam. Itu kata dia. Aku fikir Nik Aziz ni keliru. Orang cerita pasal Muzakarah, bukan pasal bersatu atau bergabung. Bermuzakarah tu cerita lain, bergabung tu cerita lain. 

Aku rasalah Nik Aziz ni fobia apabila sebut pasal kerjasama dengan UMNO, hingga tak dapat bezakan antara muzakarah dengan bersatu. UMNO nak ajak PAS bermuakarah pasal Islam, pasal orang Islam, pasal keutuhan Islam, bukannya nak ajak PAS bersatu atau bergabung dengan UMNO. 

Kalau nak bermuzakarah, buat apa ajak DAP atau PKR. Mereka bukannya tahupun pasal Islam, bahkan mereka adalah penentang atau menolak ajaran Nabi Muhammad S.A.W. jadi kenapa nak ajak mereka bermuzakarah untuk berbincang pasal umat Muhammad S.A.W. 

Dalam keadaan sekarang ni, Nik Aziz sebenarnya berharap agar ada pemimpin UMNO ajak PAS bergabung atau bersatu. Jika ada yang ajak, maknanya Nik Aziz boleh dakwa bahawa UMNO semakin terdesak. Pasal tulah orang ajak muzakarah, dia dah anggap orang ajak bergabung. 

Pemimpin UMNO pun tahu, PAS bukannya boleh diajak bergabung atau bersatu dalam satu parti. Pemimpin UMNO mana sudi hendak bergabung atau bersatu dengan puak-puak yang sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk syaitan untuk mendapatkan kuasa. Allah pun tak gerakkan hati para pemimpin UMNO untuk mengajak PAS bergabung atau bersatu.

Bermuzakarah tu pun, bukan UMNO yang ajak, tetapi wartawan yang tanya soalan kepada Nik Aziz. Lagi pun jika UMNO bermuzakarah, semuanya untuk kebaikan umat Islam dalam malaysia ni pasal Umat islam dah jadi caca marba dan kacau bilau disebabkan karenah para pemimpin Islam sendiri terutama PAS. Jadi ada baiknya UMNO bermuzakarah dengan PAS untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kebaikan Umat Muhammad S.A.W. di Malaysia ni. 

Nak bermuzakarah pasal kepentingan umat Islam pun nak ajak Lim Guang Eng dan Karpal Singh. APa yang mereka tahu? Ni yang aku pelik ni. Apa yang mwereka tahu? Lim Guang Eng cuma tahu bagaimana nak cari duit untuk kayakan lagi Pulau Pinang. Apa dia peduli pasal Islam nak bergaduh ke, Islam nak hancur ke. Lagipun Islam tu bukan agama anutan dia. Karpal Singh pula sudah tentu sibuk dengan kerja-kerja guaman dia. Apa yang dia boleh tolong untuk majukan lagi Umat Islam di malaysia. Lagi pun dia sanggup mati daripapa melihat Islam maju dan hebat di Malaysia ni. Orang macam ni, Nik Aziz nak ajak turut serta bermuzakarah dengan UMNO pasal Islam? Kalau ajak Anwar Ibrahim tu ada caralah jugak walaupun dia ni digambarkan sebagai seorang yang mengamalkan Islam liberal. Aku tak tahulah setakat mana Liberalnya dia. Tapi kalau aku jadi pemimpin UMNO, aku tak ajak Anwar Ibrahim bermuzakarah untuk kebaikan umat Islam. 

Sebenarnya artikel aku sebelum ni mengharapkan Muzakarah yang dicadangkan tu menjadi titik permulaan kepada penyatuan Umat Islam di Malaysia ni. Walaupun aku percaya ada syarat yang bakal ditentukan, tetapi tidak pula aku bayangkan syarat untuk ajak DAP dan PKR bermuzakarah sekali. Apa yang mereka tahu? Nampaknya harapan aku akan hanya tinggal harapan sahaja kerana selagi PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, jangankan nak bersatu, nak bermuzakarah pun susah. 



No comments: