SAHABAT BLOG

19 May 2012

Adakah Muzakarah PAS dan UMNO ke arah perpaduan Melayu Islam?

Didalam politik, tiada satu pun yang pasti. Kesudian PAS untuk bermuzakarah dengan UMNO boleh dianggap sebagai petanda awal ke arah perpaduan Melayu Islam di malaysia ini. 

Isu muzakarah ni bukannya perkara baru. Ianya sering sahaja disebut pada setiap tahun, tetapi belum menjadi kenyataan disebabkan beberapa sebab yang menjadi penghalang kepada muzakarah tersebut. Ada sahaja pemimpin dari ke dua-dua belah pihak yang menjadi penghalang. Pihak yang dilihat sentiasa menjadi penghalang ialah para pemimpin PAS. Mereka sentiasa sahaja mengenakan pelbagai syarat untuk muzakarah ini. Aku bersetuju adanya syarat kerana dengan syarat tersebut boleh mengawal perjalanan muzakarah. Namun demikian, syarat itu hendaklah tidak dilihat sebagai syarat yang menguntungkan satu-satu pihak sahaja.

Sehari dua ini, isu muzakarah PAS dengan UMNO kembali berkumandang. Dalam Utusan hari ini melaporkan Nik Aziz secara peribadi bersetuju dengan pelawaan Muhyidin untuk mengadakan muzakarah KLIK. Namun, macam biasa pasti ada pemimpin dari ke dua-dua belah pihak yang sentiasa sangsi dengan perkara ni KLIK. Pemimpin ini sering sahaja akan mempersoalkan keikhlasan masing-masing. Pemimpin UMNO akan mempersoalkan keikhlasan pemimp;in PAS dan begitu juga sebaliknya. 

Muzakarah ni aku tidak tahu kemana arah tujuan dan apakah objektifnya. Aku bersetuju jika sekiranya muzakarah ini menjadi paltform awal ke arah penyatuan perpaduan antara UMNO dengan PAS. Namun demikian hendaklah tanpa syarat. Nik Aziz pernah suatu ketika dahulu bersetuju untuk bergabung dengan UMNO dengan syarat mereka diberikan jawatan menteri kanan seperti menteri kewangan ataupun menteri pertahanan. Mungkin ini cuma satu sindiran, tetapi ianya boleh juga menjadi hasrat sebenar PAS.

Sebenarnya jika mereka ikhlas untuk menyatukan perpaduan melayu, maka satu pihak hendaklah membubarkan  parti dan bergabung di dalam satu parti, mendokong aspirasi yang sama dan di bawah satu panji-panji. perkara ini bukanlah suatu yang musatahil kerana pernah dilakukan oleh Semangat 46 suatu ketika dahulu. 

Semangat 46 membubarkan parti mereka dan ahli-ahlinya mendaftar untuk menjadi ahli UMNO.  Apabila sudah bergabung secara total di dalam satu parti, bukan sahaja jawatan menteri kewangan malahan jawatan perdana menteri pun bukan suatu yang mustahil untuk dicapai. Pak Lah suatu ketika dahulu aku difahamkan seorang ahli parti Semangat 46, begitu juga Dr. Rais Yatim dan ramai lagi. Kedua-duanya boleh mencapai jawatan yang penting didalam kerajaan termasuk menjadi perdana menteri. 

Kalau bergabung sahaja tanpa membubarkan parti, aku bimbang suatu masa nanti, parti yang merasakan mereka tidak mendapat layanan yang adil akan bertindak keluar dari gabungan. Perkara ini pernah berlaku kepada PAS suatu ketika dahulu. Lagi pun aku tidak  PAS  sebab untuk bnerbuat demikian kerana kedua-dua parti itu dimiliki oleh orang Melayu Islam. Oleh itu kenapa perlu ada dua parti yang ahlinya dari bangsa dan agama yang sama. Apabila sudah bergabung, sudah tentu mereka memperjuangkan aspirasi yang sama dan di bawah satu bandera iaitu bandera Barisan Nasional. 
































































No comments: