SAHABAT BLOG

10 May 2012

Berjanji boleh, tunai janji tengok keadaan.....

Kisah yang ingin aku ceritakan di sini ialah berkenaan sikap hipokrit pemimpin pembangkang yang baru sahaja menjawat jawatan pemerintah. Semasa berkempen dahulu beliau sanggup berjanji macam-macam sehinggakan sanggup untuk menggunakan kereta api untuk bergerak ke mana-mana tetapi apabila telah mendapat kemenangan, sikap hipokrit beliau terserlah. Beliau telah dikritik kerana menggunakan jet mewah untuk perjalanan sejauh 482 kilometer.

Beginilah sebenarnya sikap pembangkang. Ramai antara mereka yang bersikap hipokrit. Mereka sebenarnya  memperdayakan penyokong mereka sebelum mendapat kuasa, tetapi apabila telah mendapat kuasa dan menyedari bahawa kuasa itu menjadikan mereka seorang yang boleh melakukan apa sahaja, mereka mula lupa diri dan mula mereka-reka pelbagai alasan untuk membenarkan segala tindakan mereka.

Dalam politik, tidak ada janji yang boleh dijadikan pegangan dan tidak ada sesuatu yang boleh diramalkan. Kebiasaannya sebelum mendapat kuasa pelbagai janji akan dihamburkan termasuk janji-janji yang tidak masuk dek akal, tetapi apabila telah mendapat kuasa, mereka akan menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak dari menunaikan janji dan menggunakan pelbagai cara untuk membetulkan tindakan mereka.

Pemerintah yang aku maksudkan ialah Presdien baru Perancis yang baru sahaja memenangi pilihanraya mengalahkan Nicolas Sarkozy. Belumpun beliau angkat sumpah sebagai Presiden, beliau telah menyewa sebuah jet mewah dengan kadar RM59,469 sejam untuk jarak perjalanan selama 45 minit. Ramai pihak yang mengkritik perlakuan beliau itu kerana ianya dilihat bertentangan dengan kesanggupan beliau untuk menggunakan keretapi untuk kemana-mana jika dipilih menjadi Presiden.

Sepertimana aku kata, beliau mempunyai alasan untuk berbuat demikian dimana katanya tiada perkhidmatan keretapi dari Tulle ke Paris selepasa 10.30 malam dan menggunakan kereta mengambil masa lima jam. Tujuan perjalanan beliau itu adalah sekadar untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya di Paris. Berita mengenai perkara ini boleh didapati di dalam akhbar Utusan Malaysia keluara 10/05/2012.

Kesimpulannya, kita tidak boleh terlalu percaya kepada janji-janji yang dibuat oleh pihak pembangkang semasa berkempen kerana janji-janji itu banyak yang tidak masuk akal dan sekadar sebagai alat untuk memperdaya para pengundi sahaja. Sebagai pengundi yang bijak, mereka seharusnya  melihat dan menilai siapa yang berjanji itu. Lihat kepada kehidupan peribadi beliau sebelum ini. Sorot kembali kepada janji-janjinya semasa menjadi pemimpin sebelum ini. Kaji bagaimana perlakuannya semasa menjadi pemimpin. Kerana apa, kerana apabila beliau menjadi pemimpin, itulah yang akan menjadi amalannya dan tindakannya. Di dalam politik tidak ada istilah taubat.

Jika yang berjanji itu seorang yang diragui keperibadiannya ataupun seorang yang terbukti telah rosak peribadinya ataupun seorang yang kerap memungkiri janji-janjinya, maka adalah menjadi satu kesalahan untuk kita memilih beliau sebagai pemimpin hanya disebabkan termakan janji-janji manisnya semasa berkempen. Negara akan rosak binasa sekiranya pemimpin yang hanya pandai berjanji dan rosak peribadinya ini diberikan jawatan. Negara Kapir USA amat mengambil berat akan peribadi para pemimpin mereka kerana mereka hanya mahukan pemimpin yang betul-betul berkualiti dari segi pentadbiran dan juga peribadinya. Kisah-kisah zaman remaja para pemimpin juga akan diungkit kembali. Itu negara kapir, bagaimana pula dengan negara Islam seperti Malaysia ini. Adakah kita mahu seorang pemimpin kita seorang yang rosak akhlaknya?

1 comment:

Anonymous said...

mamat tu muslim kah. kalau bukan ..apa masalahnya.