SAHABAT BLOG

04 May 2012

Ancaman Besar Negara Selepas Komunis

BEERSIHT 3.0 dah selesai. Sekarang ni masa untuk membuat penafian dan memohon maaf. Sebagaimana biase dan sudah termaktub di dalam buku perlembagaan parti masing-masing, para pemimpin yang menganjurkan BERRSIHT 3.0 sedang giat membuat pelbagai penafian untuk mengelak didakwa oleh pelbagai pihak. 

Sekarang ni kita boleh baca pelbagai karangan yang dikarang oleh peserta BEERSIHT 3.0 termasuk ada yang mengadai kredebiliti masing-masing mengaku sebagi saksi mata di tempat kejadian. Pelbagai versi cerita boleh kita baca daripada mereka. Semuanya merujuk kepada keganasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Gambar-gambar tanpa tarikh yang entah tahun bila punyer pun digunakan untuk mengambarkan keganasan pihak polis.

Kalau dibandingkan dengan tindakan polis luar negara menghadapi rusuhan rakyat mereka, aku fikir tindakan polis Malaysia adalah paling lembut sekali.

Masalah besar yang sedang dihadapi oleh negara kita yang boleh menghalang negara menuju negara maju menjelang 2020 ialah datangnya dari dua golongan. Pertama ialah golongan yang tidak bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada negara ini. Peningkatan ini semakin ketara semenjak tahun 2008 selepas pembangkang mempunyai sedikit kuasa. Golongan kedua ialah mereka yang semakin bongkak dengan sedikit kuasa yang dipinjamkan oleh Allah kepada mereka. Golongan ini bongkak dengan kuasa mereka dan dengan kuasa yang sedikit itu mereka merancang pelbagai huru hara untuk mengugat keamanan dan keharmonian negara.

Golongan yang bongkak ini sentiasa menggunakan kuasa mereka untuk mencabar kerajaan dengan melakukan pelbagai aktiviti yang bertentangan dengan perlembagaan negara dan bertentangan dengan hukum Allah. Mereka semakin bongkak terhadap Allah apabila mereka mencabar banyak perkara yang dilarang oleh Allah termasuklah kelantangan mereka untuk mempertahankan golongan homoseksual, lesbian, gay dan sebagainya yang lari dari fitrah kejadian Manusia.

Golongan yang kurang bersyukur  sentiasa mengambarkan negara ini sebagai sebuah negara dipimpin oleh Syaitan, sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin zalim, sebuah negara yang huru hara, sebagai sebuah negara yang maha jahat para pemimpinnya. Sedangkan hakikat sebenarnya, negara ini begitu aman, harmoni, dan yang paling penting pengikut Nabi Muhammad S.A.W. dapat melaksanakan ibadat mereka tanpa gangguan dari mana-mana pihak.

Kedua-dua golongan ini menjadi ancaman paling besar kepada negara kita ini dan telah menjadi musuh nombor satu kepada keharmonian dan keamanan negara setelah ancaman komunis telah ditamatkan.

1 comment:

Anonymous said...

ye..laa..ancaman utk umxx. takut dgn kekalahan.