SAHABAT BLOG

01 May 2012

Kerja BODOH penganjur BERSIH 3.0.......

"Kes ini juga berkemungkinan akan menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ianya boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat".


Artikel diatas sudah tentu memeningkan kepada Pengurusan Tabung Haji dan Jamil Khir. Yang menjadi mangsa adalah para bakal-bakal haji yang telah mendaftar untuk ke Tanah Suci. Kalau selama ini pihak kerajaan Malaysia sentiasa sahaja mendapat kuota tambahan haji, berkemungkinan ekoran daripada kelakuan bodoh dan bangang para BERSIH  3.0 boleh merencatkan peluang untuk mendapatkan kuopta tambahan tersebut.


Itulah apabila membuat kerja tak fikir hal orang lain, dahlah buat kerja bodoh dan bangang pulak tu. Inilah akibat berketuakan kapir yahudi.. Kesian sedare mare aku yang nak pergi haji tahun ni....


Cerita selanjutnya seperti di bawah.....

Pihak Yang Melancarkan Bersih Di Mekah Dan Madinah Kini Disiasat Polis Arab Saudi

Filed under: Kolum Panas,Nasional | 
Seperti yang kita semua sedia maklum, dua pelancaran BERSIH 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah pada pagi 26 April 2012.
Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan BERSIH 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keperihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dan ketulusan di dalam pilihanraya tidak terhenti di Malaysia sahaja.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku sebagai aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah ini terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti bidang pengajian agama tajaan Kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.
Pelancaran BERSIH 3.0 di Mekah
Tarikh : Khamis, 26 April 2012
Lokasi: Di hadapan premis Restoran D’Saji, Hotel Al Safwa, Mekah
Masa : 9.30pagi – 10.30 pagi
Pelancaran telah disempurnakan oleh Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dan turut ditemani oleh timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sekitar jam 10.00 pagi.
Kehadiran sekitar 20 rakyat Malaysia yang majoritinya memakai baju kuning yang mempunyai logo Bersih 3.0. Antara yang menyertai majlis tersebut adalah beberapa pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Saudi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Ummul Qura, Mekah termasuk barisan Exco Persatuan Pelajar Malaysia Mekah.
Terdapat juga penglibatan golongan professional dalam pelancaran tersebut, dan yang ketara adalah Dr. Mohd Taib Wahid, seorang pensyarah dari Universiti King Abdul Aziz , Jeddah.
Hj. Azzam Mustapa dari Nokia Mekah.
Hj. Khairani, bekas kakitangan Tabung Haji Travel and Tours (THTS) yang kini menguruskan agensi pelancongannya sendiri.
Sebelum pelancaran disempurnakan semua peserta yang terlibat duduk di meja hadapan Restoran D’Saji untuk bersarapan pagi dan seterusnya memakai baju kuning dangan logo BERSIH 3.0 yang dibawa oleh Nasrudin Tantawi dan mendengar ucapan Nasrudin .
Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong BERSIH 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya.
Selepas itu bersih 3.0 dilancarkan dengan mereka memegang kain rentang BERSIH 3.0 dan mengambil gambar secara beramai-ramai berlatar belakangkan Restoran D’Saji.........
Untuk tahu kisah selanjutnya sila ke http://sel13.com/archives/2117.

1 comment:

Anonymous said...

elok lah disiasat, baru tau sejauh mana teruknya demokrasi kat msia.