Sehari dua ni kecoh pasal menteri yang dikatakan menaja seorang artis. Aku pun tak faham apa sebenarnya yang kecoh sangat pasal perkara-perkara ni. Aku percaya perkara ni sengaja dijaja oleh pihak tertentu bagi tujuan untuk memalukan pihak yang difitnah. Dulu, pernah juga ada pihak yang cuba memalukan DS Rais Yatim. Akhirnya apabila terbukti perkara itu tidak benar, ada yang kena saman dan terpaksa membayar pulak kepada DS Rais. Senyap sudah isu ni.
Sekarang ini, menteri yang terbabit dan artis yang dikaitkan itu telah membuat penafian. Malah mereka bakal mengambil tindakan mahkamah kepada penyebar fitnah. Penafian yang punya tubuh itu sepatutnya diterima oleh masyarakat dan menutup kisah ni. Takkan nak tubuh Suruhanjaya Diraja kot baru nak percaya. Kalau tubuh suruhanjaya diraja pun belum tentu mereka percaya.
Berita perilaku buruk pemimpin ni dijaja oleh banyak pihak samada pihak UMNO mahupun pihak bukan UMNO. Banyak juga perilaku buruk pemimpin bukan UMNO yang dijaja, tetapi sehingga kini yang berani membuat penafian hanyalah pemimpin UMNO sahaja. Manakala pemimpin bukan UMNO hanya berdiam diri seribu bahasa. Jangankan disuruh bersumpah, membuat kenyataan penafian pun tak berani.
Sebagai orang beriman, sepatutnya menyiasat terlebih dahulu berita-berita yang dibawa oleh puak munafik ni. Sekarang ni banyak sangat pihak yang sengaja mereka-reka cerita untuk tujuan tertentu. Walaupun berita yang disebarluaskan itu merupakan satu fitnah, tetapi budaya rakyat kita terutama segolongan mereka yang suka mempercayai berita yang dibawa oleh pemimpin mereka, sudah tentu mempercayai bulat-bulat fitnah yang dijaja itu. Akhirnya siapa yang mendapat dosa kering?
Elok juga ada undang-undang anti fitnah supaya mereka yang suka menyebar cerita fitnah ni dapat disiasat dan dihukum. Sekarang ni hanya mengharapkan orang yang difitnah tu sahaja yang ambil tindakan saman malu. Kalau menabur fitnah itu lebih dasyat daripada membunuh, maka sudah sewajarnya hukuman setimpal dikenakan terhadaop mereka. Rakyat pun sepatutnya boleh ambil tindakan terhadap penyebar fitnah ni. Buat je laporan polis terhadap penyebar fitnah ni dan minta polis siasat betul atau tidak berita yang dibawanya itu.
Inilah masalah budaya politik kita. Ada golongan penyokong parti politik yang menolak segala fakta disebabkan terlalu terpengaruh dengan pemimpin mereka. Kalau macam nilah budaya mereka, tidak mustahil suatu masa akan datang negara kita ni bakal diperintah oleh pemimpin bertaraf sampah disebabkan penyokong-penyokong sampah ni berjaya mempengharuhi rakyat untuk menyokong perjuangan mereka. Dunia akhir zamanlah katakan, dajal sudah datang ke?
No comments:
Post a Comment