SAHABAT BLOG

25 April 2012

BERSIH 3.0- Hanya Satu Provokasi

28hb ni negara bakal bergolak lagi gara-gara kedegilan sikap segelintir rakyat Malaysia yang sudah hilang punca seumpama layang terbang tanpa tujuan. Para pemerharti asing sedang memerhatikan dengan penuh minat apakah yang bakal berlaku pada 28 April nanti.

BERSIH 3.0 kononnya diadakan bagi tujuan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Aku tidak mahu ulas samada betul atau tidak dakwaan mereka itu, tetapi apa yang aku nampak ialah perbuatan yang dilakukan oleh mereka ini yang didalangi oleh parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sebenarnya satu perbuartan orang yang semakin terdesak dan semakin terhimpit. 

PKR semakin merasakan bahawa parti mereka sudah kehilangan begitu banyak sokongan daripada para pengundi. Ramai dikalangan para penyokong mereka sudah memasang niat untuk tidak mengundi mereka lagi di dalam PRU 13 nanti. Yang masih menyokong mereka hanyalah budak-budak Universiti dan sorang dua yang kata orang tak tentu hala arah dan tujuan hidup mereka. Dalam bahasa mudah, mereka yang tidak mendapat taufik dan hidayah dari ALlah S.W.T.  Bagi pelajar U, mereka menyokong pun disebabkan mereka mengharapkan PR menang dalam PRU 13. Apabila PR menang dan berjaya memerintah negara, para pelajar Universiti ni mengharapkan hutang pinjaman belajar mereka dihapuskan dan mereka dapat belajar secara percuma di U.  Itu sahaja sebab utama mengapa pelajar Universiti yang sokong PR. Mereka bukannya ada sebab yang lebih besar pun.

Apabila menyedari sokongan semakin merosot, maka PKR pun sudah tidak ada ikhtiar lain kecuali melakukan pelbagai provokasi terhadap kerajaan dan penyokong kerajaan. Provokasi ini dilakukan dengan harapan kerajaan dan penyokong kerajaan akan melatah dan bertindak terburu-buru. PKR mengharapkan sewaktu mereka melakukan provokasi tersebut akan berlaku insiden dimana berpuluh-puluh nyawa para pendemo akan melayang ataupun berpuluh ribu lagi akan cedera parah.

Apabila situasi sudah tidak dapat dikawal lagi, maka imej kerajaan di negara luar akan terjejas teruk. Mereka akan sentiasa mendendangkan lagu sedih sepanjang tempoh berkempen PRU 13 sepertimana mereka lakukan dengan gambar mata lebam suatu waktu dahulu. Harapan mereka, rakyat akan bersimpati dengan PKR dan seterusnya memberikan undi kepada PR dalam PRU 13 nanti. Maka terbentuklah kerajaan yang dibina atas dasar simpati dan membabi buta. Pada ketika itu akan terjadilah peristiwa yang Maha Kelam Kabut apabila perebutan jawatan akan berlaku. Setiap parti dan para penyokong mereka mula mencongak siapa yang hendak mempengerusi GLC mana, siapa yang hendak mengetuai GLC mana dan sebagainya. Ohhh!!!! kelam kabutnya negaraku pada masa itu.

No comments: