SAHABAT BLOG

05 January 2012

Tindakan tegas jika guru, pelajar sertai perhimpunan haram

Tindakan tegas jika guru, pelajar sertai perhimpunan haram

SEREMBAN 4 Jan. - Kementerian Pelajaran memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram 'Kempen Bebaskan Anwar 901' pada 9 Januari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara itu memandangkan polis sudah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan permit kepada perhimpunan tersebut.

''Oleh itu, saya nasihatkan semua pelajar dan juga guru, jangan sekali-kali terlibat," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kolej Tunku Kurshiah di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Abdul Halim Abdul Razak dan Pengetua Cemerlang TKC, Che Kamaliah Endod.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk mempertahankan politiknya.

Jelas beliau, kempen itu sebenarnya mempunyai niat buruk kerana mengajak rakyat supaya menghina institusi kehakiman negara.

Beliau menambah, jika Anwar boleh menangguhkan perbicaraan kesnya sehingga dua tahun, mengapa dia tidak menggunakan mahkamah untuk mengemukakan rayuan jika didapati bersalah.

''Sepatutnya sebagai pemimpin yang melaung-laungkan demokrasi, Anwar perlu berasa tanggungjawab atas segala kesalahan yang dilakukan dan menggunakan haknya untuk merayu di mahkamah dan bukannya menggunakan demonstrasi jalanan untuk menuntut haknya.

''Saya fikir tindakan seperti itu adalah lakonan semata-mata kerana Anwar tahu dia sudah kehabisan cara untuk mempertahankan kesalahan moral yang dilakukan," katanya.

COKAM: Aku harap cakap menteri ni betul-betul dan bukannya cobaan semata-mata. Bukan apa, biasanya bila time tindakan nak diambil banyak pulak alasannya. Alasan sebenarnya takut hilang undi, takut hilang pengaruh, takut hilang sokongan, macam-macam lagi dan satu lagi takut kepada milosuam.

Inilah masalah kerajaan kita sekarang ni, takut nak ambil tindakan dan keputusan yang tidak popular. Akibatnya, rakyat yang menanggung masalah tak habis-habis. BERSIH itu hari, mana ada aku dengar tindakan apa-apa . Bunyi ceritanya ramai yang kena tangkap. Hanya sorang je yang kena hukum, iaitu Ustaz Mari Mengaji. Dah tak keluar TV dah. Di Britain, semasa rusuhan berlaku itu hari, sekejap je mereka hukum para perusuh, tetapi di Malaysia ni, haram.....Itu pasal para pembangkang ni berani pelbagai bentuk perhimpunan haram. Tak kira siang malam, pagi-pagi buta pun mereka berdemo.

Kalau guru-guru dan juga kakitangan awam yangg hadiri perhimpunan pada 090112 itu nanti menyalahi kaedah am dan sebagainya, ambil tindakan dan jangan takut. Jangan takut hilang populariti kerana kalau nak populariti jadilah artis. Aku harap Cikgu taklah semberono seperti segelintir bakal cikgu di UPSI tu.

090112 ialah hari sekolah, mana mungkin para cikgu dan juga kakitangan awam hadir perhimpunan kecuali mereka bercuti atau ponteng kerja. Kalau kakitangan awam bercuti, aku tak heran, pasal mereka nak perabis cuti 2011, tetapi kalu cikgu yang bercuti, ini bukan aku je yang naik heran, tetapi kura-kura dan penyu-penyu pun hairan. Kambing yang tak pernah mandi pun tu pun heran. Apa kejadahnya cikgu cuti 090112 sedangkan  hari tu sekolah macam biasa dan murid-murid pun baru kenal sekolah.

Anwar tu, kalau kita tak sokong, dia tak jadi miskinnya. Kawan-kawan dia cakap, dia tu jutawan dan hartawan. Duit banyak berkoyan-koyan. Note RM1,000 yang hilang dulu tu orang kata dia yang bawa lari ke luar negara. Tak tahulah betul atau tidak. Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang kata orang tua-tua.

Kalau dia bebas, kita miskin juga, dia tetap jutawan punya. Kalau dia dipenjarakan, kita miskin juga, dia tetap jutawan. Tak payahlah perabih keborah sokong Anwar ni. Lagipun aku rasa ada perkara yang tidak betul dalam kes ini sejak mula lagi. Dua-dua yang terlibat ada sembunyikan sesuatu, aku tak tahu apa tetapi hati kecik aku kata ada sesuatu antara mereka berdua. Ada yang  sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa.  Bahkan kambing pun rela dituduh tak mandi jika itu boleh memberikan dia pucuk ubi yang dicita-citakannya .  Apa nak heran kerana memang dia tak mandi pun. Tak luaknya kalau orang nak tuduh atau nak hukum dia tak mandi asalkan dia dapat pucuk ubi yang dicita-cita sejak dahulu kini dan selamanya.



3 comments:

Anonymous said...

jelas dan terang.... ramai golongan guru dan graduan hilang keyakinan terhadap kerajaan sekarang....

Anonymous said...

masing-masing ada hak...nak pegi...pegi lah. kalau tak nak...duduk rumah. harap-harap ada video penuh....sapa yang memulakan provokasi.... kalu tak der "org kacau"...aman dunia ni

kak sal said...

assalamualaikum.
saudara tak tengok tv ni asyik dok depan laptop saja. rancangan mari mengaji dgn ustz zamri ada baliklah. tapi biarlah rezeki dia. ajal, maut jodoh rezeki ni urusan Allah. pada pandangan saya sokonglah sapa hampa nak sokong tapi amanah dalam pekerjaan akan dipersoalkan sampaikan akhirat. dapat gaji sibuk dok politik sampai tak buat keje dosa. berdosa dengan Allah . Allah maha pengampun. tapi dosa dgn manusia( pembayar cukai) ni payah. kena jumpa sorang22. larat kaa. apa pun sya harap negara kita ni aman selamanya. yg masalahnya ahli politik kita hari ni ramai tak ikhlas. politiking 24 jam. keja elek. esok kat akhirat jawablah. nak amanah tapi tak tunai.