SAHABAT BLOG

08 December 2011

Artis mengucapkan Syukur kerana Berjaya melakukan perkara mungkar

Nak berlakon, berlakon je lah. Jangalah pulak mengucapkan syukur kerana berjaya melakukan babak yang terang-terang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Hiburan ni dah ada pada zaman rasulullah dahulu, tetapi hanya kepada nyanyian dan muzik yang tidak bertali sahaja. Lakonan aku tak tahu dah ada atau belum pada zaman Rasulullah dahulu. Namun kalau nak dibezakan antara dunia nyanyian, muzik dan lakonan, rasanya dunia lakonan lebih tercemar kot.

Petikan kata-kata pelakon kacukan popular yang aku kutip dari blog pemikirpolitikjerantut.

Kata MK : "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar".

Penggunaan ucapan Alhamdulillah yang tidak sepatutnya. Semalam aku ada juga menonton video pengakuan seorang Ibu dan anak yang melakukan hubungan seperti pasangan suami isteri juga menggunakan perkataan alhamdulillah.

Sepatutnya mengucapkan syukur kehadrat Ilahi ini hanya untuk perkara-perkara yang elok-elok sahaja, dan tidaklah dalam melakukan maksiat dan kemungkaran pun nak mengucapkan syukur.

Contohnya pengucapan syukur yang aku fikir tidak sesuai:
"Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapat hadiah utama SPORT  TOTO".



No comments: