SAHABAT BLOG

09 December 2011

DAP GAGAL KALI KE DUA

DAP gagal buat kali kedua untuk menempatkan calon Melayu mereka di kawasan melayu. Pertamanya mereka gagal untuk mendapatkan tempat di Kelantan dan keduanya mereka juga telah ditolak oleh PAS Selangor untuk tujuan yang sama. Namun demikian kena ingat, gagal sekarang tidak bermakna akan gagal selama-lamanya.

DAP ialah sebuah Parti yang dibuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai dan menjadi ahli parti. Namun demikian persoalan yang sering bermain dimindaku , kenapa sehingga kini, DAP lebih sinonim dengan kaum Cina. Kenapa kaum Cina sahaja yang diberikan kuasa penuh di dalam DAP. Kaum-kaum lain terutama Melayu dan India dilihat seumpama penumpang sahaja. Jawapannya mungkin juga disebabkan kaum lain tidak berminat untuk menyertai DAP. Kenapa mereka tidak berminat?

Aku pernah menulis bahawa DAP ini boleh dimelayukan. Salah satu caranya ialah orang Melayu beramai-ramai menyertai DAP. Bukan setakat menyertai sahaja, tetapi bertanding untuk menjadi pemimpin DAP. Bertanding untuk menjadi setiausaha agong, bertanding untuk menjadi pengerusi, bertanding untuk menjadi ketua-ketua bahagian, cawangan dan sebagainya. Apabila orang melayu telah berjaya menguasai pucuk kepimpinan parti, secara tidak langsung DAP ini berjaya ditukar imejnya menjadi parti Orang melayu. Persoalannya, orang melayu mana, siapa mereka yang ingin berbuat sedemikian? Siapa yang sanggup berbuat sedemikian? Siapa yang sanggup untuk dianggap sebagai pengkhianat datuk nenek mereka?

Oleh sebab itu, apabila permohonan DAP hendak bertanding dikawasan majoriti orang melayu di Selangor tidak dipersetujui oleh PAS. Penolakan PAS ini bukanlah disebabkan PAS tidak percaya kepada DAP, bukan tidak yakin kepada DAP untuk menang di kawasan Melayu tersebut, tetapi penolakan DAP ini aku lihat lebih kepada penolakan matlamat dan objektif perjuangan DAP itu sendiri. Pada pandangan PAS , DAP ini sebuah parti yang mempunyai arah kiblat yang berlawanan dengan fitrah dan semangat perlembagaan Malaysia. Apa dia fitrah dan semangat tersebut? DAP dilihat tidak menghormati majoriti bangsa melayu dan tidak menjunjung kasih kepada kesultanan Melayu dan Agama Islam khususnya.

Sehubungan itu, sejak dahulu kini dan akan datang sekalipun, aku tidak pernah merasakan akan ada keharmonian di dalam hubungan antara DAP dan PAS. Aku merasakan tidak akan adanya titik pertemuan dalam perhubungan mereka. Hubungan di antara ke dua-dua parti itu ibarat seperti hendak mengkacukkan kinjir dengan unta. Kacukan kedua-duanya sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan dan kebahayaan yang amat besar kepada Bangsa Melayu amnya dan Umat Islam khususnya.

Sedarlah wahai bangsaku. Sedarlah wahai anak-anak muda bangsaku. Sedarlah bahawa DAP itu adalah sebuah parti yang sentiasa sahaja mencari jalan dan usaha untuk memecahkan tembok kekuasaan politik orang melayu. Prinsip perjuangan DAP ialah semua rakyat sepatutnya mempunyai peluang dan ruang yang sama sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Agama bukanlah teras utama di dalam perjuangan mereka. Bagi mereka siapa sahaja yang kuat berusaha akan mendapat ruang dan peluang yang melebihi pihak yang lain. Bagi mereka tidak ada sekatan dan halangan samada halangan bangsa, agama mahupun sultan yang boleh digunakan untuk menafikan hak dan peluang yang sama adil kepada semua warganegara.

Walaupun objektif dan tujuan ini jika dilihat secara kasarnya ada prinsip keadilan di dalamnya, tetapi lihatlah kepada persekitaran dan lihat juga kepada keadaan semasa di bumi mana kita berpijak. Bagaimana sejarah penubuhan negara Malaysia ini. Agama apa yang dianuti oleh majoriti rakyat negara ini. Semua perkara ini sepatutnya diambilkira oleh DAP sebelum cuba untuk mengetengahkan prinsip keadilan mereka.

Malaysia ini ditunjangi oleh melayu dan dipagari oleh Agama Islam. Jika sekiranya DAP diberi peluang untuk berkuasa, akan terbongkarlah tunjang, akan robohlah pagar . Menjadi rajalah mereka yang kuat berusaha. Siapa mereka? Dari mana mereka? Apa agama mereka? Apa bangsa mereka? Dan yang paling penting dan utama ialah apa yang mereka bakal lakukan, apa yang bakal mereka perbuatkan, bangunan mana yang bakal mereka robohkan, peraturan mana yang bakal mereka rombakkan, bangunan mana bakal mereka dirikan, sekolah mana bakal mereka bangunkan, pelajaran apa bahasa apa bakal mereka ajarkan, ternakan apa yang bakal mereka peliharakan, doktrin mana bakal mereka tanamkan? Banyak betul persoalan yang bersarang dalam kepala. Semua ini sepatutnya sudah ada jawapan di dalam kepala hotak anak-anak muda melayu Islam kita.

No comments: