SAHABAT BLOG

11 December 2011

Pihak asing sabotaj Pemimpin BN?

Kebelakang ini ada sahaja laporan-laporan yang disediakan oleh pihak asing yang diluhat tidak menyebelahi negara. Terbaru, Utusan Malaysia di halaman ekonomi melaporkan  seorang pakar ekonomi Nomura yang menyatakan Malaysia adalah salah sebuah negara yang bakal mengalami kelembapan ekonomi paling teruk. Kenyataan ini dengan cepat disanggah oleh Gabenor Bank Negara iaitu Dr. Zeti.  Dr. Zeti menjelaskan bahawa Malaysia ini mempunyai ekonomi domestik yang kukuh dan berada di keadaan kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi kesan kelembapan ekonomi eropah.

Ak percaya ramai kitol-kitol moden yang akan memberikan respond kepada kenyataan pegawai Nomura berkenaan. Bagi mereka apa sahaja yang buruk tentang Malaysia yang dilaporkan oleh pihak asing boleh dijadikan peluru untuk 'menembak' pemimpin negara.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini seorang ahli akademik UKM semasa berwacana di Kota Baharu mendakwa ada kemngkinan  indeks rasuah negara yang dikeluarkan oleh pihak asing di dalam internet sengaja dijatuhkan bagi tujuan untuk mensabotaj kepimpinan negara. Namun demikian, dakwaan beliau itu telah disorak dan di'boo' oleh 'kitol-kitol moden'. Sebagai seorang ahli akademik, aku percaya, beliau tidak berkata sebarangan tanpa disokong hujah-hujah yang menyokong dakwaan beliau itu. Namun disebabkan 'kitol-kitol moden' telah mengganggu beliau, maka beliau tidak dapat mengemukan hujahnya dengan lebih lanjut. 

Aku pun tak tahulah apa nak jadi dengan orang melayu ni. Apa jua penjelasan yang diberikan oleh mereka yang bukan dari puak-puak masing-masing akan ditolak mentah-mentah.  Apa yang boleh aku katakan, sekarang ni ramai orang melayu yang  berpenyakit. Dulu taklah begitu teruk, tetapi semenjak tahun 1998, semakin ramai yang berpenyakit. Macam-macam penyakit timbul. Fitnah sana, fitnah sini, bohong sana, bohong sini, tipu sana, tipu sini, main sini, main sana. 

No comments: