SAHABAT BLOG

11 December 2011

Negara Mungkin Muflis Jika TOL Dihapuskan.

Konsep negara kebajikan PAS ingin menghapuskan kutipan tol daripada rakyat. Menghapuskan bayaran tol adalah sauatu yang boleh mengembirakan rakyat. Namun demikian, aku percaya perkara ini ( hapuskan bayaran tol) bukannya suatu perkara yang senang dan mudah. Negara mungkin boleh jadi muflis jika hendak hapuskan TOL. 

Jalanraya yang bertol adalah jalanraya yang dibina oleh syarikat dan bukannya oleh kerajaan. Sebenarnya banyak syarikat yang bertanggungjawab membina lebuhraya ni. Kita ambil contoh Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad ataupun PLUS BHD. 

Untuk mendapatkan dana untuk membina jalanraya, PLUS BHD akan keluarkan bon jaminan yang mempunyai tempoh matang tertentu. Bon ini akan ditawarkan kepada syarikat-syarikat besar seperti GLC  mahupun syarikat kecil seperti Takaful Malaysia atau orang perseorangan. 

Apabila tempoh matang sampai, maka PLUS BHD akan membayar balik kepada pembeli bon mereka. Contohnya, Takaful Malaysia membeli Bon PLUS BHD yang matang pada April, 2015 sebanyak RM10 juta. Maka apabila tempoh matang, PLUS BHD kena bayar balik kepada Takaful sebanak RM10 juta. 

Dalam pada itu, setiap 2 kali setahun, PLUS BHD kena bayar dividen kepada Takaful sebanyak mana peratus dividen yang dijanjikan. Bukan Takaful sahaja yang membeli Bon PLUS BHD, tetapi banyak lagi GLC yang membelinya. Pendek kata apabila tiba tarikh matang, PLUS BHD kena keluarkan duit berbillion-billion untuk membayar kepada syarikat-syarikat yang membeli Bon mereka. Bukan itu sahaja, pada setiap 6 bulan sekali, beratus-ratus juta diperlukan oleh PLUS BHD untuk membayar dividen,

Darimana PLUS BHD hendak korek duit untuk bayar, kalau bukan daripada kutipan TOL. Bukan itu sahaja, PLUS BHD juga membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan syarikat daripada duit TOL tersebut. Memang diakui, selain TOL, PLUS BHD juga memperolehi hasil dari pelaburan yang lain, tetapi TOL itu aku percaya menjadi sumber utama mereka. Ini bermakna PAS telah menghapuskan sumber pendapatan PLUS BHD jika mereka menghapuskan Tol. . Aku tidak tahu bagaimana PLUS BHD hendak membayar balik kepada para pembeli bon mereka. 

PAS boleh kata, kerajaan akan tanggung semuanya. Soalnya sekarang ini, PAS tahu ke berapa banyak bon yang telah diterbitkan oleh pengendali lebuhraya ataupun syarikat yang membuat lebuhraya seperti PLUS BHD ni.  Setahu aku, cukup banyak sehingga mencapai ratusan billion. Darimana kerajaan nak korek duit sebanyak itu? Guna duit PETRONAS? Duit Petronas banyak digunakan untuk perkara lain. Duit royalti minyak Kelantan sudah semestinya kena bayar juga. Dengar ceritanya banyak yang kerajaan tertungak dengan Kerajaan Kelantan. Tunggakan ini sudah tentu akan dibayar oleh PAS. 

Memang benar  TOL boleh dihapuskan, dengan syarat kerajaan kena mengeluarkan peruntukkan untuk membayar kepada syarikat-syarikat yang membina lebuhraya dan kerajaan juga kena bertanggungjawab untuk memastikan nasib pekerja-pekerja pengendali lebuhraya berkenaan kerana apabila kerajaan telah ambil alih, sudah tentu PLUS BHD tidak mampu lagi untuk membayar gaji mereka. 

Kesimpulannya, negara berkemungkinan akan jadi  muflis jika benar PAS hendak menghapuskan TOL lebuhraya.

2 comments:

Anonymous said...

bodoh punye orang la ko nih.. x payah pikir bon2 kepala jebon ko.. PLUS tu dah lame untung.. JEbon ape lg yang ko nak bayar?? bodoh betol la ko nih..

putrarahman said...

Kalu tak tahu pasal BON jangan kata orang bodoh sedare.