SAHABAT BLOG

05 June 2011

PAS akhirnya tersedar dari Mimpi

Secara peribadi aku menyambut baik dasar penubuhan negara berkebajikan oleh PAS kerana secara tindak langsung PAS mengaku suatu tugas yang sukar  untuk menubuhkan sebuah negara Islam sepenuhnya di Malaysia ini.  Setekah sekian lama para pemimpin PAS membawa para pengikutnya untuk bermimpi mengenai penubuhan negara Islam, alhamdulillah  Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guang Eng,berjaya meynedarkan PAS dari mimpi yang panjang, mimpi yang menjangkau usia setengah abad. Entah berapa ramai para pemimpin dan juga pengikut mereka yang telah kembali ke rahmatullah dengan membawa mimpi negara Islam mereka bersama.

Walaupun konsep negara kebajikan yang cuba dibentuk oleh PAS dan rakan-rakannya yang lain belum lagi dibentangkan, tetapi aku percaya konsepnya adalah sama seperti yang diamalkan oleh kerajaan BN sekarang ini. Cuma mungkin ada perubahan dari segi kosmetiknya sahaja bagi menampaknya bahawa ianya lebih memberi kebajikan kepada rakyat seperti menambahkan lagi pemberian subsidi kepada rakyat. 

Sebagai sebuah negara berkebajikan, keutamaan adalah untuk memastikan rakyat ditolong dan dibantu tanpa memikirkan bagaimana dan darimana sumber diperolehi untuk membantu rakyat. Lama kelamaan, bukan sahaja negara yang akan bangkrap, tetapi rakyat juga akan sengsara. Rakyat Malaysia bukannya mempunyai mentaliti seperti rakyat Kelantan yang sanggup untuk tindak menuntut pembangunan dan kemajuan dari pemerintah PAS asalkan mereka bahagia, tetapi rakyat malaysia terdiri dari pelbagai keturunan dan bangsa serta kedudukan ekonomi. Setiap dari mereka mempunyai sebab dan kaedah sendiri untuk hidup di negara ini. Aku cukup yakin dan cukup percaya bahawa, untuk memancu negara ini menjadi sebuah negara kebajikan, ianya satu tugas yang sukar. Peratus kegagalan adalah lebih besar berbanding peratus kejayaan. 

Rakan bloger pengundisetiasungairapat ada menulis pasal perkara ini dengan lebih panjang lebar lagi. Apa yang boleh aku katakan, setelah sekian lama mereka bermimpi, akhirnya mereka kembali kedunia nyata. Adalah diharapkan kesedaran mereka ini bukan dikejutkan oleh DAP,  tetapi ianya hendaklah menjadi satu agenda baru bagi PAS untuk lebih relevan dengan populasi penduduk Malaysia. Satu sahaja harapan aku, jika mereka berjaya membentuk negara kebajikan, hukum-hukum Islam hendaklah diperkuatkan lagi perlaksanaannya dan juga Mahkamah Syariah hendaklah diperluaskan lagi kekuasaannya supaya setaraf dengan Mahkamah Civil. Jika ini tidak diambilkira, maka aku tidak ada sebab untuk menyokong perjuangan negara kebajikan PAS, malahan para pengikut PAS sendiri sebenarnya telah ditipu dan dipergunakan oleh para pemimpin mereka.


1 comment:

Alhamdulillah said...

Satu pendapat yang cukup bernas