SAHABAT BLOG

19 March 2013

Padan Muka PAS


Raja Nazrin tegur pihak yang manipulasi titah.

19/03/2013 2:11pm

KUALA KANGSAR - Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah semasa bertitah di Istana Iskandariah di sini hari ini menegur perbuatan pihak yang memanipulasi kandungan dan mesej bersumberkan titah baginda sebelum ini dengan tujuan meningkatkan pengaruh kumpulan politik tertentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Titah baginda, sebarang perbuatan yang mengaitkan nama baginda untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah.
“Perbuatan tersebut telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan sebahagian rakyat, seolah-olah beta secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu dan pada masa yang sama telah memperkecilkan kumpulan politik lain,” titah baginda


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2Nxv42ZQa
Hakcipta terpelihara

No comments: