SAHABAT BLOG

19 March 2013

Majlis Syura Terdesak

Sebagaimana rakyat tahu, pemimpin tertinggi PAS seperti Nik Aziz dan Haji Hadi seolah berperanan sebagai 'pencuci dosa' pemimpin Pakatan Rakyat yang melakukan dosa.  Nampaknya peranan mereka pada kali ini tidak lagi ditagih oleh PKR. 

Kalau dalam Video China Doll dahulu, memadai Haji Hadi sorang berperanan untuk 'mencuci dosa' kerana gambar yang kelihatan adalah kabur dan hitam putih. Namun kali ini, PKR merasakan Haji Hadi sudah tidak mampu lagi untuk 'mencuci dosa' kerana gambar yang ditersebar amat mirip sangat, saling tak tumpah, bagai pinang dibelah dua.

Oleh yang demikian, PKR  sekarang ini sedang mendesak Majlis Syura PAS supaya memainkan peranan untuk 'mencuci dosa' . Rujuk kenyataan dibawah:

 "Maka itu, sementara pasukan guaman Anwar berusaha gigih membersihkan nama beliau dari sudut perundangan, Majlis Syura PAS pula perlu memainkan peranan dengan memperakukan dari sudut agama bahawa Anwar bukan lelaki dalam gambar yang diekstrak dari rakaman video tersebut."- Ruj: http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/majlis-syura-pas-perlu-sahkan-anwar-bukan-lelaki-dalam-video/

Aku yakin, Majlis Syura PAS pun bukan bodoh dan mudah-mudah nak 'mencuci dosa'. Kot-kot mereka lagi suka kerana secara tidak langsung, ianya memberi lebih peluang kepada Haji Hadi untuk menjadi PM. Lagipun jika mereka mengeluarkan kenyataan penafian hanya dengan melihat gambar, bimbang selepas ini akan keluar pula video yang ada visual dan audio. Siapa tahu dalam video tersebut, bukan setakat rupa sahaja yang mirip, tetapi suara pun mirip,siap panggil nama lagi.


2 comments:

Elya insyirah said...

Salam perjuangan..Mohon tuan pautkan blog saya di http://metromalaya.blogspot.com/ Blog tuan telah saya pautkan,t.kasih..

putrarahman said...

Sudah dilinkkan. Thank you for coming.