SAHABAT BLOG

27 March 2012

DAP akan Tukar Lirik Lagu Kebangsaan?. Biar Betul....

Di petik dari Blog Pisau.Net

"Perancangan mereka bukan saja mahu menukarkan perlembagaan,malah hingga menukarkan lagu kebangsaan negara.Lirik lagu Negaraku juga mahu ditukarkan dan menurut sumber rapat Pisau di Sarawak. Semasa pilihanraya negeri Sarawak didalam satu majlis tertutup,DAP menyanyikan lagu negaraku versi yang sudah diubah yang membuang perkataan "Tuhan Kurniakan,Raja Kita ,Selamat Bertahta". Untuk cerita selanjutnya sila baca Blog pisau.net


Di Petik dari Blog mymassa.blogspot.com
"You orang semua tahu tak apa perkara yang paling saya benci dalam hidup saya"

"Perkara itu ialah semasa saya angkat sumpah jadi Ketua menteri PP!".

"Kenapa bos?"

"Pasal saya terpaksa Angkat Sumpah dan Tunduk sama orang Melayu, TYT tu orang Melayu,orang Islam, orang UMNO pula, saya paling benci peristiwa itu"

"Kalau kita memerintah kelak, saya akan pastikan TYT orang Cina DAP".

Demikianlah antara dialog Lim Guan Eng kepada geng-geng DAP, sebagaimana disampaikan oleh seorang bekas ahli DAP.


COKAM: Perhatikan kepada dua petikan artikel di atas. Aku percaya kedua-dua perkara ini hanyalah sedikit sahaja rahasia-rahasia besar perancangan DAP yang disimpan begitu rapi yang hanya diketahui oleh peragenda-peragenda DAP sahaja.

 
Jadi apa alasan lagi bagi aku sebagai orang Melayu yang beragama Islam yang begitu sayangkan Agama, Bangsa dan Negara tercinta ini untuk menerima DAP dan sahabat sekutu DAP. Tiada sebab lagi untuk aku menyokong perjuangan mereka melalui Pakatan Rakyat.

Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fitnah semata-mata. Namun kalau disorot kepada matlamat dan objektif penubuhan DAP yang mungkin ramai tidak tahu, perkara ini tidak mustahil.

Objektif penubuhan DAP SINI  itu sendiri jelas mengatakan bahawa rakyat Malaysia ini mempunyai hak dan peluang yang sama  sahaja, tidak ada pihak yang melebihi pihak yang lain secara perlembagaan kecuali pihak berkenaan berusaha untuk itu. Maknanya dalam apa juga lapangan termasuk isu Agama, Sosial, pendidikan, Ekonomi, Kuasa dan sebagainya hanya akan dimiliki dan dipunyai oleh mereka yang berusaha untuknya.

Ini bermakna semua perkara termasuk menegakkan syiar Agama sekali pun hanya akan ditentukan oleh mereka yang berusaha dan memenangi perlumbaan. Maka peluang bagi setiap agama di Malaysia ini samada Islam, Budaha, Kristian, Hindu dan lain-lain mempunyai peluang yang sama rata untuk disyiarkan. Tidakkah ini merupakan sesuatu yang menganaiya penduduk Islam yang majoriti.

Dalam soal bahasa,  ekonomi, kebudayaan, sosial, dan sebagainya  mana-mana pihak yang berusaha untuk menegakkan bahasa masing-masing, maka mereka akan berjaya untuknya.


No comments: